Oceanus, dalam mitologi Yunani, merupakan sungai yang dipercayai melingkari dunia. Oceanus juga ialah nama dewa pada zaman purba yang dihubungkaitkan dengan sungai ini. Dewa Oceanus adalah daripada golongan Titan, salah satu keluarga manusia yang lahir untuk Uranus (dewa langit) dan Ge, atau Gaea (dewi bumi) sebaik- baik sahaja dunia tercipta. Oceanus ialah suami Tethys, yang juga daripada golongan Titan dan dewi laut. |