Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diikatkan

Peribahasa

Tak mara berdayung;
     bergalah;
patah galah bercemat,
     sesudahnya sampai juga ke hulu.

Bermaksud :

Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak beras antah dikisik, d. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah). bercemat = menarik perahu dengan tali yang diikatkan kepada perahu itu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DAYA MEMUSAT

Daya memusat ialah daya yang memaksa

sesuatu benda bergerak dalam laluan membulat.

Mengikut hukum inersia, dengan ketiadaan daya,

sesuatu objek bergerak dalam garisan lurus

dengan kelajuan yang tetap. Daya luar mesti

bertindak ke atas objek itu untuk membuatkannya

bergerak dalam laluan yang melengkung. Apabila

anda memusing seketul batu yang diikatkan pada

benang, anda mesti menarik benang itu untuk

menahan batu tersebut daripada melayang dalam

satu garisan yang lurus. Daya yang digunakan

oleh benang pada objek itu ialah daya memusat.

UMUM 

Kembali ke atas