Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diimport


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TARIF

Tarif ialah cukai yang dikenakan terhadap

barangan yang diimport oleh sesebuah negara dari

negara yang lain. Banyak negara menggunakan

tarif untuk melindungi industri mereka daripada

saingan negara luar. Tarif memberikan

perlindungan dengan menaikkan harga barangan

yang diimport. Dengan itu, tarif menggalakkan

syarikat tempatan agar meningkatkan pengeluaran

mereka, dan para pengguna terpaksa membayar

lebih untuk barangan yang dilindungi ini.

UMUM 
SEMUT API

Semut api adalah mana-mana satu daripada

beberapa spesies semut yang menyebabkan

sengatan yang pedih dan menyakitkan. Lima

spesies semut api terdapat di tenggara Amerika

Syarikat. Satu daripadanya, semut api merah yang

diimport, adalah semut perosak yang utama.

Semut api merah yang diimport membuat busut

besar setinggi 0.6 meter. Busut ini terlalu keras

hinggakan ia boleh merosakkan jentera ladang.

Beratus-ratus ribu semut api mungkin mendiami

satu busut. Jika manusia atau haiwan mengganggu

aktiviti dalam busut, semut api berduyun-duyun

keluar menyerang penceroboh. Gigitan semut api

merah yang diimport meninggalkan benjol kecil,

bernanah, gatal, yang mudah berjangkit. Sesetengah

orang mengalami reaksi yang teruk akibat bisa

semut api – dan jarang sekali membawa maut.

UMUM 
YAWATA

Yawata ialah sebuah pusat industri berat Jepun

yang penting. Yawata juga sebahagian daripada

bandar raya Kitakyushu, yang terletak di utara

pantai pulau Kyushu (lihat Jepun [peta politik]).

Kilang di Yawata membuat besi jongkong daripada

bijih yang diimport dan menghasilkan kebanyakan

daripada besi keluli yang diperlukan oleh Jepun.

Yawata terletak berhampiran dengan lombong

batu arang dan mempunyai loji kok. Semasa

Perang Dunia II, Yawata menjadi sasaran pertama

serangan udara B-29 Amerika Syarikat, pada 15 Jun

1944.

UMUMKonsep
IMBANGAN PERDAGANGAN

Imbangan perdagangan ialah perbezaan antara nilai barangan yang dieksport dengan nilai barangan yang diimport dalam suatu jangka masa tertentu, biasanya setahun.

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
PERAK

PERAK, bahan logam yang berwarna putih, mudah dibentuk dan boleh digilap. Menurut sumber Arab, lebih dua ribu tahun dahulu perak merupakan salah satu sumber keluaran Semenanjung Tanah Melayu. Sumber ini juga menyebut perak telah diimport dari Burma, Filipina, Indochina dan Indonesia. Laporan China pula menyebutkan bahawa lombong perak pernah didapati di Kedah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGISumber/Bahan Alam

Kembali ke atas