| ALBAN, SAINT | Alban, Saint ( ? –209), diingati sebagai orang pertama di Britain yang mati suci kerana agama. Dia ialah warga kota kerajaan Rom yang bernama Verulamium, kini St. Albans, di Hertfordshire, England. Alban melindungi seorang paderi yang melarikan diri daripada hukuman mati yang dikenakan oleh orang Rom. Paderi itu mengkristiankan Alban. Askar yang mencari paderi itu menemui Alban yang memakai pakaian paderi. Mereka telah menangkapnya dan dia dihukum mati. | UMUM | |
| ROOT, ELIHU | Root, Elihu (1845–1937), negarawan Amerika yang paling diingati kerana usahanya untuk mewujudkan keamanan antarabangsa. Dari tahun 1905 hingga tahun 1909, dia berkhidmat sebagai setiausaha negara Amerika di bawah Presiden Theodore Roosevelt. Sebagai setiausaha negara, Root berusaha untuk memperbaiki hubungan Amerika Syarikat dengan negara-negara di Amerika Latin dan Jepun. Dia juga merundingkan beberapa perjanjian untuk menamatkan pertelingkahan antara Amerika Syarikat dengan negara-negara lain. Pada tahun 1912, dia menerima Hadiah Nobel untuk Keamanan sebagai menghargai sumbangannya terhadap keamanan dunia. | UMUM | |
| AUBREY, JOHN | Aubrey, John (1626–1697), pengarang dan antikuari, yang paling diingati tulisannya, Brief Lives , sebuah koleksi anekdot mengenai tokoh- tokoh terkenal seperti Francis Bacon, Ben Jonson dan Sir Walter Raleigh. Ia menghiburkan, kadang-kala berunsur fitnah dan sering tidak tepat. Sebagai seorang antikuari, Aubrey menemui bulatan batu besar di Avebury dan lubang di Stonehenge yang dinamakan sempena namanya. Dia mencadangkan bahawa Stonehenge dan bulatan batu lain pada asalnya adalah kuil Druids. Aubrey lahir di Easton Piercy, berhampiran Chippenham, di Wiltshire, England. | UMUM | |
| OWEN, GORONWY | Owen, Goronwy (1728–1769?) ialah penyair dan paderi Wales. Dia paling diingati kerana puisinya yang berirama cywydd orang Wales (sejenis oda). Puisi ini menunjukkan kepakaran Owen dalam bahasa Wales dan keaslian gayanya. Karyanya yang paling dikenali ialah tulisan awalnya Calendr Y Carwr (The Lover’s Calendar) dan Cywydd Y Farn Fawr (Ode on the Last Judgement). Owen lahir di Rhos Fawr, Anglesey, Wales. Dia memasuki Oxford University dan berkhidmat sebagai pembantu paderi dan guru besar di Shropshire dan London. Owen mengajar di Williamsburg, di Virginia, Amerika Syarikat dari tahun 1760 sehingga kematiannya. | UMUM | |
| NESBIT, EDITH | Nesbit, Edith (1858–1924) ialah penulis novel, penyair, dan penulis cerita kanak-kanak Inggeris. Dia paling diingati kerana cerita-cerita kanak- kanaknya, iaitu The Treasure Seekers (1899), Five Children-and It (1902), dan The Railway Children (1906). Novel dan puisinya tidak mendapat penghargaan seperti ceritanya untuk kanak-kanak. Edith Nesbit lahir di London. | UMUM | |
| DECATUR, STEPHEN | Decatur, Stephen (1779–1820) ialah pegawai yang amat berani dalam Tentera Laut Amerika Syarikat semasa pembentukan awalnya. Dia diingati kerana minum ucap selamatnya: Negara kita: Dalam hubungannya dengan negara luar semoga negara kita sentiasa benar; akan tetapi negara kita juga, benar atau salah.” | UMUM | |
| NARASIMHAVARMAN I | Narasimhavarman I (630?–668?), juga dikenal sebagai Mamalla, merupakan raja dinasti Pallava di India selatan. Dia diingati terutamanya kerana membangunkan bandar Mahabalipuram, yang juga dikenal sebelumnya dengan nama Mamallapuram sempena menghormatinya. Bandar ini terletak di Teluk Benggala, yang kini dalam negeri Tamil Nadu, India. Ia telah pun berkembang maju sebagai pelabuhan perdagangan apabila Narasimhavarman menguasainya, dan dia seterusnya membesarkan dan menjadikan bandar ini sebagai pangkalan tentera laut dan pusat agama Hindu. Kuil-kuil dan tugu-tugunya yang masih ada menarik minat pelancong dan para sarjana. Wajah Narasimhavarman diukir pada salah satu ukiran batu, yang tertulis dengan kata-kata “Penambah Tiga Dunia” (“Augmenter of the Three World”). | UMUM | |
| KELUARGA GRACCHUS | Keluarga Gracchus ialah keluarga bangsawan kelas atasan pada zaman Rom purba. Dua beradik, Tiberius dan Gaius Gracchus menjadi terkenal sebagai pegawai yang cuba mengubah sistem politik dan ekonomi Republik Rom. Mereka diingati khususnya kerana cadangan mereka bagi reformasi tanah. Kadang-kadang kedua-dua mereka ini digelar Gracci . | UMUM | |
| SHAH JAHAN | Shah Jahan (1592–1666) ialah pemerintah kelima empayar Mughal di India. Baginda menjadi pemerintah pada tahun 1627. Ketika pemerintahannya, rakyat Mughal berada dalam zaman keemasan, dengan bilik kebal yang dipenuhi harta dan gaya seni bina yang indah dan mengagumkan. Shah Jahan paling diingati kerana Taj Mahalnya yang amat sempurna, iaitu makam marmar putih yang amat besar yang dibina untuk permaisurinya di Agra, India (lihat Taj Mahal ). Baginda juga telah membina sebuah istana yang amat hebat dan luar biasa di Delhi. Istana ini berserta dengan bangunan lain masih lagi kekal sebagai contoh keagungan empayar Mughal. Dinasti itu mulai mengalami kemerosotan kerana terlalu banyak wang telah dihabiskan untuk kemewahan dan terlalu banyak tenaga yang telah disia-siakan dalam peperangan. Pemerintahan Shah Jahan sentiasa menghadapi masalah, dan seorang daripada puteranya telah merampas takhta daripadanya. | UMUM | |
| ACTON, LORD | Acton, Lord (1834–1902), dianggap sebagai salah seorang sejarawan teragung pada tahun 1800-an. Dia menulis banyak esei, dan menjadi editor sebuah buku berpengaruh Cambridge Modern History . Acton amat disegani oleh sejarawan lain kerana kepintarannya, pertimbangannya, dan keilmuannya. Dia paling diingati atas kenyataannya, “All power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely”. (Semua kuasa terdedah kepada rasuah, dan kuasa mutlak terdedah kepada rasuah mutlak). | UMUM | |