| TARPON | Tarpon ialah ikan buruan yang besar yang kelihatan seperti ikan hering. Ia hidup di Lautan Atlantik dari Long Island, New York, Amerika Syarikat hingga ke Brazil, di Teluk Mexico, dan di perairan Hindia Barat. Ia banyak terdapat di luar pantai selatan Atlantik di Amerika Syarikat. Ia juga didapati di luar pantai di Sepanyol, Portugal, dan Azores. Tarpon membesar sepanjang 2.5 meter dan beratnya mungkin 90 kilogram. Isinya kasar dan tidak diingini untuk dijadikan makanan. | UMUM | |
| TOLAK BALA | TOLAK BALA, satu kompleks perlakuan bercorak ritual dengan tujuan menghindari daripada kejadian buruk, sial, nasib tidak baik, atau apa sahaja yang tidak diingini berlaku kepada diri dan komuniti sesuatu masyarakat. Dari segi individu, perlakuan itu tidak mungkin merupakan ritual, tetapi perlakuan mengawal, mengelak mahupun menyisih. Bala tadi tidak sahaja bencana yang didatangkan oleh sesuatu tenaga asing atau luar seperti hantu atau jembalang, tetapi oleh nasib atau untung diri sendiri. | BUDAYA | Adat |
| PUTUS UBAT | PUTUS UBAT, satu upacara yang diadakan sempena selesainya rawatan dan pengubatan yang diterima oleh seseorang bekas pesakit daripada bomoh. Upacara ini diadakan untuk mengelakkan bomoh dan juga pesakit daripada ditimpa perkara-perkara yang tidak diingini. Dipercayai bomoh yang bertanggungjawab memulihkan pesakit akan ditimpa penyakit yang sama jika upacara ini tidak diadakan. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |