ARGON | Argon, unsur kimia, ialah gas yang merupakan 0.94 peratus daripada atmosfera bumi. Kebanyakan mentol lampu biasa diisi dengan argon dan sedikit nitrogen. Argon juga digunakan sebagai gas pelindung dalam kimpalan arka untuk melindungi logam daripada oksigen di udara. Gas ini ditemui pada tahun 1894 oleh Lord Rayleigh dan Sir William Ramsay. | UMUM | |
DUNLOP, JOHN BOYD | Dunlop, John Boyd (1840–1921) ialah pakar bedah veterinar Scotland, mempaten tayar pneumatik (tayar diisi angin) bagi tujuan komersial yang berjaya dibuat di Britain pada tahun 1888. | UMUM | |
PIMENTO | Pimento ialah nama yang popular bagi pokok malar hijau yang kecil dalam famili mirtel. Rempah yang dikenali sebagai allspice, lada Jamaica , atau pimento berasal daripada pokok ini. Pimento yang berwarna merah, berisi tebal yang digunakan untuk diisi ke dalam buah zaitun hijau bukan berasal daripada pokok pimento. Perasa ini adalah buah daripada tumbuhan yang dikenali sebagai Lada Benggala. | UMUM | |
SIFON | Sifon ialah alat ringkas untuk menyalurkan cecair dari satu paras ke paras yang lebih rendah. Ia terdiri daripada hos atau tiub yang dibengkokkan supaya satu bahagiannya lebih panjang daripada bahagian yang satu lagi. Untuk mula berfungsi, sifon mesti diisi dahulu dengan cecair sepenuhnya. Jika bahagian sifon yang pendek dimasukkan dalam bekas cecair, cecair itu akan mengalir naik ke bahagian tiub yang pendek dan mengalir turun dan keluar dari bahagian tiub yang panjang. | UMUM | |
KISAR | KISAR, alat untuk mengisar padi dan tepung. Kisar atau pengisar padi diperbuat daripada buluh yang dianyam dan di dalamnya diisi dengan tanah liat. Tapaknya diperbuat daripada dua batang kayu berukuran 72 cm x 7.5 cm x 7.5 cm yang disilangkan dengan paku. Buluh belalai atau buluh duri diraut kecil dan dianyam menjadi dua buah raga yang bergaris pusat 465 cm sebagai kulit kisar. Buluh juga digunakan untuk membuat piring melingkari raga di bahagian bawah, bergaris pusat 78 cm dan tingginya 9 cm. Bakul bahagian bawah yang dianyam, setinggi 54.5 cm diisi dengan tanah liat yang dicampurkan garam. Apabila kering, tanah liat itu menjadi keras seperti simen. | BUDAYA | Alat/Alatan |
PATAGONIA | Patagonia ialah wilayah di selatan Amerika Selatan. Sebahagian besar wilayah ini ialah gurun. Orang Asli Amerika telah lama tinggal di Patagonia sebelum orang kulit putih datang. Nama Patagonia berasal daripada perkataan Sepanyol yang bererti kaki besar. Orang Asli Amerika tinggi dan memakai but besar yang diisi dengan rumput. | UMUM | |
SENJATA API GATLING | Senjata api Gatling merupakan mesingan tembakan laju praktikal yang pertama dicipta. Ia dicipta oleh Richard Jordan Gatling (1818–1903) seorang pencipta Amerika Syarikat dalam bidang peralatan pertanian. Gatling memperoleh paten senjata api ini pada tahun 1862 bagi kegunaan semasa Perang Saudara Amerika (1861–1865). Ia mengandungi sepuluh laras yang berputar dengan pantas di sekeliling aci pusat dengan menggunakan engkol kendalian tangan. Setiap lawas dapat diisi melalui graviti, tembakan dan berputar untuk memberi laluan kepada laras berikutnya. Model senjata api yang diperbaik menjadi peralatan piawai bagi Tentera dan Tentera Laut Amerika Syarikat semasa Perang Sepanyol-Amerika pada tahun 1898. Senjata api Gatling moden adalah peralatan piawai dalam angkatan tentera banyak negara. Lihat Mesingan. | UMUM | |
TEKAT | TEKAT, proses menyulam benang emas ke atas kain dasar daripada jenis baldu. Seni tekat sudah lama diusahakan oleh masyarakat Melayu. Di Perak, tekat dikenal juga sebagai tekat bersuji atau hiasan suji timbul. Ragam hiasnya kelihatan timbul daripada permukaan kain dasar kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur. | BUDAYA | Proses/Tindak Balas |
CORAK PUCUK REBUNG | CORAK PUCUK REBUNG, sejenis corak dan motif hias dalam kesenian Melayu Nusantara. Sebagai lambang kehidupan, imej pucuk rebung muncul dalam ‘gunungan’ wayang kulit atau puncak Mahameru, mitos keagungan bangsa Melayu. ‘Gunungan’ dalam patung wayang kulit dikenal sebagai ‘pohon hayat’ atau pohon ‘sajaratulyakin’ yang melambangkan ‘semangat kehidupan alam dan manusia’. Di situ terhimpun peristiwa tentang asal usul kejadian manusia. Sebelum kelahiran manusia (Adam), yang ada di muka bumi hanya pohon kayu dan ular (serta binatang dan unggas lainnya). Ukiran pohon hayat dalam wayang kulit diisi penuh dengan kehidupan alam awal itu. | BUDAYA | Proses/Tindak Balas |