TARO | Taro ialah tumbuhan tropika yang dijadikan makanan. Bahagian tumbuhan ini yang boleh dimakan terdiri daripada satu atau lebih batang bawah tanah yang besar dan berkanji. Tumbuhan ini ditanam di banyak kawasan tropika yang basah termasuk Hawaii, Kepulauan Caribbean, dan Afrika Barat. Beberapa jenis tumbuhan ini yang berbeza ditanam. Dikenali sebagai taro di kawasan Pasifik, ia dikenali sebagai eddo atau dasheen di Kepulauan Caribbean, dan cocoyam di Afrika Barat. Taro berkaitan rapat dengan tumbuhan hiasan yang dikenali sebagai telinga gajah dan caladium . Pengelasan saintifik. Taro tergolong dalam famili arum, Araceae. Ia adalah Colocasia esculenta . Lihat juga Telinga gajah. | UMUM | |
MALAIKAT | Malaikat ialah makhluk yang dijadikan daripada cahaya, tidak makan, tidak minum, tidak tidur dan tidak berkahwin, tidak menderhakai perintah Allah SWT bahkan menjalankan semua perintah-Nya dan segala kerja yang ditugaskan oleh Allah kepada mereka. Beriman kepada para malaikat merupakan rukun iman yang kedua. Tidak sah iman seseorang kecuali dia beriman kepada malaikat. | UMUM | |
ORIGAMI | Origami ialah seni melipat kertas untuk dijadikan objek hiasan. Istilah yang berasal daripada perkataan Jepun ini bererti kertas yang berlipat. Terdapat kira-kira 100 bentuk origami tradisional, kebanyakannya meniru bentuk semula jadi seperti burung, bunga, dan ikan. | UMUM | |
DAGING | Daging ialah isi haiwan yang dijadikan makanan. Daging sebahagian besarnya terdiri daripada otot, tetapi lemak dan tisu-tisu lain juga boleh dianggap sebagai daging. Daging yang paling biasa dimakan di negara industri diperoleh daripada haiwan yang diternak untuk makanan. Haiwan ini – dan daging yang diperoleh daripadanya – ialah lembu, babi, biri-biri, ayam itik dan ayam belanda. Daging haiwan buruan juga kerap dimakan. Di samping itu, ikan juga adalah antara haiwan yang menghasilkan daging. | UMUM | |
KEKAPIS | Kekapis ialah kerang-kerangan yang dijadikan makanan. Ia adalah moluska dwicangkerang (haiwan yang mempunyai dua keping cangkerang yang melindungi badannya yang lembut dan tidak bertulang). Kekapis tinggal di perairan cetek dalam hampir semua laut dan kerap terdapat dalam kumpulan yang besar pada pasir atau kelikir halus. | UMUM | |
PERTARUHAN | Pertaruhan ialah tagan atau sesuatu yang dijadikan cagaran berisiko kerana keputusan dalam suatu kejadian atau jawapan terhadap sesuatu pertanyaan. | UMUM | |
KETAM BIRU | Ketam biru sering dijadikan makanan di timur Amerika Syarikat. | UMUM | |
AUSTRALOPITHEKUS | Australopithekus dianggap oleh kebanyakan ahli antropologi sebagai makhluk awal yang dijadikan mempunyai persamaan dengan manusia. Makhluk ini tinggal di Afrika lebih empat juta tahun yang lalu iaitu antara dua juta hingga satu juta tahun yang lampau. Istilah Australopithekus berasal daripada perkataan Latin australis , bermakna selatan, dan perkataan Yunani pithekos , bermakna beruk. Ia merujuk kepada genus. Anggota genus dikenali sebagai australopithecines . Makhluk ini dipercayai sebagai hominid pertama. Hominid ialah anggota kumpulan keluarga saintifik yang terdiri daripada manusia dan makhluk prasejarah yang menyerupai manusia. | UMUM | |
AYAM ITIK | Ayam itik ialah haiwan yang dipelihara bagi mendapatkan daging dan telur untuk dijadikan makanan. Ayam dan ayam belanda merupakan jenis ternakan yang paling banyak dipelihara. Ternakan lain yang penting termasuklah itik, angsa, ayam mutiara dan ayam denak. Sesetengah jenis ternakan ini sangat berharga di negara-negara tertentu. Contohnya, ayam mutiara dan itik nila adalah ternakan penting di Perancis, manakala petani di bahagian timur Eropah pula memelihara banyak angsa. | UMUM | |
BURUNG MUTTON | Burung mutton ialah nama bagi beberapa spesies shearwater (burung laut) yang dijadikan sebagai makanan (lihat Shearwater ). Burung mutton ialah sejenis burung laut dan berwarna perang-balung. Burung ini terbang hingga ke Jepun dan Alaska untuk bertelur di pulau-pulau yang terdapat di Hemisfera Selatan. | UMUM | |