TANZANIA | Tanzania ialah sebuah negara yang besar di timur Afrika yang bersempadan dengan Lautan Hindi. Sebahagian besar Tanzania terletak di tanah besar Afrika dan sebahagian yang lain terdiri daripada beberapa buah pulau yang berhampiran. Ibu negara Tanzania dan bandar terbesarnya ialah Dar es Salaam. Sebuah ibu negara yang baru, Dodoma, di bahagian tengah Tanzania dijadualkan siap pada tahun 1990-an. Nama rasmi negara ini ialah Republik Bersatu Tanzania. | UMUM | |
PERISTIWA 13 MEI | PERISTIWA 13 MEI, rusuhan kaum yang berlaku di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969, akibat sentimen perkauman yang ketara dalam politik Malaysia. Peristiwa ini berlaku selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum 1969. Pilihan raya umum Semenanjung Malaysia diadakan pada 10 Mei 1969, manakala pilihan raya umum di Sabah dan Sarawak dijadualkan diadakan dalam masa dua hingga empat minggu selepas itu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |