Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dijaga

Puisi
 

Sirih cina dari China,
     Apa ditunggu apa dijaga;
Saja rupa tidak bena,
     Di dalam hati tak akan lupa.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Ternak bergembala,
     parak berpagar.

Bermaksud :

Harta milik harus dijaga, lebih-lebih lagi anak gadis.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ZOO

Zoo ialah tempat haiwan liar dijaga dan

dipamerkan. Kebanyakan zoo yang besar

mempamerkan mamalia, burung, reptilia, dan

amfibia dari serata dunia.

UMUM 
TIKUS BELANDA

Tikus belanda ialah mamalia kecil di Amerika

Selatan. Ia adalah sejenis cavy liar yang dijinakkan.

Ahli sains menggunakan haiwan ini dalam

eksperimen yang banyak ubat. Tikus belanda juga

digunakan untuk penyelidikan dalam bidang

kelakuan, keturunan, dan pemakanan. Tikus

belanda menjadi haiwan kesayangan yang baik

kerana ia jarang menggigit dan mudah dijaga.

Tikus belanda adalah rodensia, seperti beaver ,

tikus dan tupai. Tikus belanda panjangnya dari 25

sentimeter hingga 35 sentimeter dan beratnya

lebih kurang 0.5 kilogram. Ia mempunyai kepala

yang besar, telinga yang kecil dan kaki yang

pendek. Kebanyakan tikus belanda yang semula

jadi mempunyai bulu berwarna perang atau kelabu

yang panjang, kasar.

UMUM 
RAJA BOT RAJA JUMAAT

RAJA BOT RAJA JUMAAT (1849-1916), pentadbir daerah Lukut. Dia adalah putera Raja Jumaat bin Raja Jaafar dan ibunya ialah Senai, puteri Sultan Muhammad. Semasa berumur lapan tahun, dia telah khatam al-Qur’an. Tiga tahun kemudian dia dihantar ke Melaka untuk mendapat pendidikan di Sekolah Inggeris Melaka. Dia dijaga oleh Kolonel Ronald Macpherson, Residen Kauselor Melaka. Selepas itu, dia diajar hal-hal perniagaan oleh Baba Chee Yam Chuan, saudagar Melaka yang juga sabahat baik Raja Jumaat. Chee Yam Chuan banyak membantu pembangunan Lukut. Raja Bot kembali ke Lukut setelah berada di Melaka selama dua tahun. Dalam usia 13 tahun, dia membantu ayahnya menjalankan peniagaan, khususnya membeli keperluan seperti pakaian, candu dan makanan yang dijual kepada pekerja lombong.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KUSTA

Kusta juga dikenali sebagai penyakit Hansen,

ialah sejenis penyakit berjangkit yang kronik.

Penyakit ini khususnya menyerang bahagian kulit;

membran mukus, terutamanya dalam hidung; dan

sistem saraf periferal, yang merangkumi saraf yang

menghubungkan saraf tunjang dengan otot-otot.

Pada peringkat lanjut penyakit ini, fungsi mata, hati,

limpa, otot, dan sumsum tulang juga boleh terjejas.

Kusta biasanya tidak membawa maut. Walau

bagaimanapun, pesakit yang tidak dijaga atau

dirawat boleh mengalami kecacatan pada bentuk

tangan dan kaki.

UMUM 
PUTERI GUNUNG LEDANGPUTERI GUNUNG LEDANG, puteri legenda. Dia dipercayai berketurunan jin dan tinggal di puncak gunung Ledang, Johor.  Kisah puteri ini telah menjadi legenda bagi masyarakat Melayu di Malaysia. Cerita tentangnya terdapat dalam bentuk lisan yang disampaikan di kalangan masyarakat setempat dalam bentuk tulisan seperti dalam  Sejarah Melayu.  Orang Melayu percaya puteri ini wujud, oleh itu pertuturan dan tingkah laku hendaklah dijaga jika mahu mendaki gunung tersebut. Jika tidak dipatuhi, dipercayai orang itu akan ditimpa sesuatu bencana.BUDAYAKonsep
TUNKU OSMAN TUNKU MOHD. JEWATUNKU OSMAN TUNKU MOHD. JEWA, Tan Sri (1919-1994), Ketua Turus Angkatan Tentera (1964-1969).  Dia lahir pada 24 November 1919 di Alor Setar, Kedah.  Semasa kecil, dia dipelihara oleh ibu saudaranya Tunku Kalsom binti Sultan Abdul Hamid.  Tunku Osman mendapat pendidikan awal di Huching School, Pulau Pinang dan kemudiannya memasuki Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.  Pada bulan Mac 1935, dia melanjutkan pelajarannya di Bristol Grammar School, England.  Di sana dia dijaga dan diasuh oleh R.J. Mcgregor.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas