Abdullah ibn al-Zubayr (? –73 H./? –692 M.), sahabat yang mulia dan orang yang pertama lahir di Madinah selepas hijrah. Nama penuhnya ialah ‘Abdullah ibn al-Zubayr ibn al-‘Awwam ibn Khuwailid ibn ‘Abd al-‘Uzza ibn Qusay ibn Kilab ibn Murrah al-Quraisyi al-Asadi. Bapanya al-Zubayr ibn al-‘Awwam, ialah salah seorang daripada kumpulan yang dijamin syurga dan pembantu Rasulullah SAW. Ibunya Asma’, anak perempuan Abu Bakar al-Siddiq. Neneknya ialah Safiyyah, ibu saudara Rasulullah SAW dan ibu saudaranya ialah ‘Aisyah, Umm al- Mu’minin. Nenek saudaranya pula ialah Khadijah bint Khuwaylid, Umm al-Mu’minin yang pertama. |