Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dijanjikan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAFIYYAH BINT ‘ABD AL-MUTTALIB

Safiyyah bint ‘Abd al-Muttalib (?–20 H. / ?– 641

M.) ialah ibu saudara Rasulullah s.a.w. dan

juga ibu Zubayr ibn Awwam. Dia ialah seorang

daripada 10 orang yang dijanjikan syurga oleh

Rasulullah s.a.w. dan dia juga adalah seorang sahabat

nabi. Pada zaman jahiliah, dia berkahwin dengan

Harith ibn Harb ibn Umayyah. Dia kemudiannya

berkahwin dengan Awwam ibn Khuwaylid dan

mempunyai beberapa orang anak termasuk al-

Zubayr. Safiyyah bint ‘Abd al- Muttalib memeluk

Islam dan memberikan taat setia kepada Islam serta

turut berhijrah ke Madinah. Dia turut serta dalam

Perang Uhud dan Perang Khandaq. Dalam Perang

Uhud, dia berdiri dengan memegang sebatang

lembing yang dihalakan kepada orang ramai sambil

berteriak: Adakah kamu menerima kekalahan dan

meninggalkan Rasulullah?”. Dalam Perang al-Ahzab,

dia membunuh seorang Yahudi yang mengintip

orang Islam. Oleh itu, dia dikatakan wanita yang

pertama membunuh seorang lelaki Musyrikin. Dia

juga ialah seorang penyair yang berkebolehan. Dia

mencipta syair untuk meratapi Rasulullah s.a.w. serta

saudaranya Hamzah ibn ‘Abd al-Muttalib. Dia

meninggal dunia pada zaman Khalifah ‘Umar ibn al-

Khattab dan dikebumikan di al-Baqi‘.

UMUM 
SURAH AL-MA‘ARIJ

Surah al-Ma‘arij ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-70 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 44 ayat.

Surah ini dinamakan al-Ma‘arij (tempat-tempat

turun naik) berdasarkan firman Allah S.W.T. yang

bermaksud:

“Salah seorang (dari kalangan orang-orang kafir

Makkah, secara mengejek-ejek) meminta

kedatangan azab yang (dijanjikan) akan berlaku,

azab yang disediakan untuk orang-orang yang

kafir, yang tidak ada sesiapa pun dapat menolak

kedatangannya – dari Allah yang menguasai

tempat-tempat turun naik”.

(Surah al-Ma‘arij 70:1–4)

UMUM 
ABU UBAIDAH AL-JARRAH

Abu Ubaidah al-Jarrah (40 SH-18 H), salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang dijanjikan syurga. Nama sebenar beliau ialah Amar bin Abdullah bin al-Jarrah bin Hilal bin Uhib bin Dabbah bin al-Harith bin Fihr.

AGAMATokoh
MUHAMMAD AL-AMIN AL-‘ABBASIY

Muhammad al-Amin al-‘Abbasiy (170 H.–198

H./787 M.–813 M.), khalifah Bani Abbasiyyah. Nama

penuhnya ialah Muhammad ibn Harun al-Rashid

ibn al-Mahdiy ibn al-Mansur. Dia lahir di pinggir

kota Baghdad, enam bulan selepas kelahiran

abangnya al-Ma’mun. Ibunya bernama Umm Ja‘far

Zubaydah bint Ja‘far ibn al-Mansur. Tidak terdapat

seorang pun dari golongan Bani Abbasiyyah yang

kedua-dua ibu bapa mereka daripada golongan

Bani Hashim kecuali al-Amin. Dia dilantik menjadi

khalifah selepas kematian ayahnya pada tahun 193

H./808 M. berdasarkan wasiat ayahandanya sendiri.

Al-Ma’mun pula dilantik menjadi pemimpin di

Khurasan dan wilayah di bawahnya. Dia dijanjikan

jawatan khalifah selepas al-Amin. Walau

bagaimanapun, pada tahun 195 H./810 M., al-Amin

memecat al-Ma’mun daripada jawatan Putera

Mahkota. Al-Ma’mun kemudiannya menyeru al-

Amin meletak jawatan di Khurasan, manakala dia

digelar Amir al-Mu’minin. Selepas itu berlaku

peperangan antara dua orang bersaudara ini.

Tentera al-Ma’mun mengepung kota Baghdad

dalam tempoh yang lama. Peperangan tersebut

berakhir dengan terbunuhnya al-Amin di bandar al-

Salam.

UMUM 

Kembali ke atas