| SULTAN ABU BAKAR | SULTAN ABU BAKAR (1904 – 1974), Sultan Pahang yang keempat (1932 – 1974).  Baginda diputerakan pada 29 Mei 1904, di Istana Hinggap Pekan Lama, Pahang.  Baginda adalah putera Sultan Abdullah dan Hajah Kalthum binti Abdullah.  Baginda, belajar di Sekolah Melayu Pekan pada tahun 1915 selama tiga tahun.  Kemudian baginda melanjutkan pelajarannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak selama empat tahun.  Pada tahun 1926, baginda telah dijodohkan dengan Tengku Fatimah binti Sultan Iskandar (Sultan Perak). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |