Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikagumi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYDENHAM, THOMAS

Sydenham, Thomas (1624–1689), salah seorang

doktor Inggeris yang paling dikagumi pada

zamannya. Dia berpendapat bahawa perubatan

hendaklah dipelajari melalui pengalaman di katil

pesakit dan amalan perubatan hendaklah

didasarkan pada pemerhatian, bukannya dengan

membaca buku atau menggunakan teori. Dia

merupakan pemerhati yang tajam dan memberikan

huraian yang sangat baik tentang gout, demam

skarlet, campak dan influenza.

UMUM 
SAND, GEORGE

Sand, George (1804–1876) ialah nama pena

Amantine-Aurore-Lucile Dupin, seorang penulis

wanita Perancis pada tahun 1800-an. Karyanya

dikagumi oleh para penulis agung zamannya.

Tulisan Sand sudah tidak lagi disukai selepas dia

meninggal dunia dan dia dikenang hanya kerana

cara hidupnya serta percintaannya yang

mengejutkan dengan penggubah Frédérick Chopin

dan penyair Alfred de Musset. Dia melanggar

tatasusila sosial dengan menghisap cerut dan

memakai pakaian lelaki. Semenjak gerakan wanita

muncul pada pertengahan tahun 1900-

an, karya Sand telah dijumpai semula dan dia

menarik perhatian yang kritis sebagai novelis dan

penulis autobiografi.

UMUM 
MOORE, GERALD

Moore, Gerald (1899–1987) ialah pemain piano

British yang mencapai kemasyhuran melalui

kemahirannya sebagai pemuzik iringan. Muzik

iringannya kepada penyanyi dan pemain violin

dikagumi di seluruh dunia. Moore lahir di

Watford, Hertfordshire, England. Dia menulis

mengenai seni pemuzik iringan dalam The

Unashamed Accompanist (1943) dan Singer and

Accompanist (1953). Autobiografinya diterbitkan

dalam dua jilid: Am I Too Loud? (1962) dan

Farewell Recital (1978). Dia juga menulis

Furthermore: Interlude in an Accompanist’s Life

(1983).

UMUM 
LI BO

Li Bo (701–762) ialah salah seorang pujangga

China yang agung. Namanya dieja dengan

beberapa cara, tetapi cara yang paling biasa

ialah Li Po dan Li Bai. Puisinya dikagumi kerana

bahasanya yang meyakinkan, wit, humor, dan

gambaran romantiknya tentang alam semula jadi,

terutamanya tentang bulan. Li Bo juga menulis

puisi yang memuji kebaikan wain. Dia menggubah

banyak puisi di bankuet dan majlis istimewa untuk

menghiburkan kawan-kawan dan penaungnya.

Dia percaya karyanya yang terpenting ialah puisi

tentang etika dan norma kesusilaan.

UMUM 
MÖRIKE, EDUARD

Mörike, Eduard (1804–1875) ialah penyair lirik

Jerman. Dia berjaya mengatasi kekaburan yang

menjadi ciri kebanyakan puisi romantik. Karya-karya

Mörike banyak yang membayangkan

suasana aman dan menyeronokkan. Tetapi

puisinya yang amat dikagumi ialah mengenai

sesuatu objek atau detik waktu, seperti sebuah

lampu usang dalam rumah musim panas, atau

sepasang kekasih ketika menghilangkan diri di

satu sudut.

UMUM 
MAO DUN

Mao Dun (1896–1981) ialah penyunting dan

penulis Cina. Ramai pengkritik menganggap Mao

Dun sebagai seorang novelis realis yang sangat

dikagumi.

UMUM 
TAURUS

Taurus, Lembu Jantan , ialah buruj (kumpulan

bintang) yang membentuk tanda kedua zodiak.

Dalam mitologi Yunani, Zeus mengubah dirinya

menjadi seekor lembu jantan yang putih bersih

supaya dia dapat menawan hati Europa yang

dicintainya. Lembu itu dikagumi oleh Europa lalu

ditungganginya. Zeus pun mendedahkan

identitinya dan mengahwini Europa.

Di langit, Taurus dapat dicamkan dengan

kehadiran dua gugusan bintang yang terbuka.

Gugusan bintang berbentuk V, iaitu Hyades ,

menandakan muka lembu. Pleiades, gugusan

bintang yang agung dan lebih padat, membentuk

bahu lembu itu. Bintang yang kemerah-merahan,

Aldebaran, menandakan mata kanan. Dua butir

bintang lagi, Beta dan Zeta Tauri, membentuk

hujung tanduk lembu. Taurus juga termasuk

Nebula Ketam, suatu jisim gas dan debu yang

mengembang, dan yang berpunca daripada

supernova (ledakan bintang) serta T. Tauri, bintang

yang berubah-ubah.

Lihat juga Astrologi; Supernova; Zodiak.

UMUM 
BRUCKNER, ANTON

Bruckner, Anton (1824–1896) ialah penggubah

muzik Austria semasa zaman romantik. Bruckner

dikagumi pada zamannya sebagai pemain organ

dan penggubah lagu-lagu gereja. Kini, dia lebih

diiktiraf kerana sembilan simfoninya.

UMUM 
TENNIEL, SIR JOHN

Tenniel, Sir John (1820–1914) ialah kartunis dan

pengilustrasi buku Inggeris. Dia menghasilkan

ilustrasi untuk buku Alice ’s Adventures in

Wonderland (1865) dan Through the Looking-Glass

(1871) karya Lewis Carrol. Dia juga terkenal dengan

kartun politiknya yang disiarkan dalam majalah

Punch . Dia bekerja dengan majalah tersebut selama

50 tahun mulai tahun 1850. Dia dikagumi kerana

karyanya yang asli, bermartabat dan berteknik

canggih. Tenniel dan beberapa artis lain yang

sezaman dengannya membantu mengekalkan

kedudukan penting Great Britain dalam bidang

ilustrasi buku. Dia lahir di London.

Lihat juga Carrol, Lewis (Buku-buku Alice) ;

Kesusasteraan untuk kanak-kanak (gambar:

Through the Looking-Glass ).

UMUM 

Kembali ke atas