PROGESTERON | Progesteron ialah hormon yang dikeluarkan terutamanya oleh ovari dan plasenta pada haiwan betina dalam tempoh haiwan ini boleh melahirkan anak. Sejumlah kecil hormon ini juga dikeluarkan oleh kelenjar adrenal pada kedua-dua haiwan jantan dan betina, dan oleh testes pada haiwan jantan. | UMUM | |
REMBESAN | Rembesan ialah bahan berguna yang dikeluarkan oleh sesuatu sel dan kemudian dilepaskan dari sel tersebut. Sel yang membentuk rembesan biasanya terdapat dalam kelenjar. Rembesan dari kelenjar eksokrin dikeluarkan ke dalam duktus (tiub) yang menuju ke organ-organ lain atau ke permukaan badan. Rembesan demikian termasuk air liur, air mata, mukus, peluh, hempedu, dan jus pankreas. Kelenjar endokrin (tanpa duktus) mengeluarkan rembesan terus ke dalam darah. Rembesan ini, yang dinamakan hormon, membantu mengatur banyak proses badan. Hormon termasuk tiroksin, insulin, adrenalin, estrogen, dan androgen. Sel khusus dalam usus, ginjal, jantung, dan plasenta juga merembes hormon. Tumbuhan dan haiwan invertebrat (tanpa tulang belakang) juga mengeluarkan rembesan, yang sesetengahnya mempunyai nilai komersial. | UMUM | |
PEMISAH MINYAK DAN GAS | Bejana tekanan yang digunakan untuk memisahkan bendalir yang dikeluarkan dari telaga minyak atau telaga gas kepada gas dan cecair. Bejana pemisah ini biasanya digunakan di pelantar pengeluaran atau di kawasan pajakan petroleum berdekatan dengan kepala telaga, pancarongga atau deretan tangki. Bejana tersebut mesti mampu untuk mengendali slug dan beban daripada bendalir telaga yang dikeluarkan. Dengan demikian, bejana tersebut lazimnya mempunyai ukuran yang mampu untuk mengendalikan kadar alir seketika yang tinggi. Pembinaan terperinci sesebuah pemisah bergantung pada muatan yang diperlukan dan tekanan operasi. | KEJURUTERAAN | Alat/Alatan |
PATEN | Paten ialah dokumen yang dikeluarkan oleh kerajaan pusat yang memberikan hak eksklusif kepada seorang pereka cipta bagi ciptaannya dalam suatu tempoh waktu yang tertentu. Paten membolehkan pereka ciptanya menghalang orang lain daripada membuat, menjual atau menggunakan ciptaannya di negara tempat paten itu dikeluarkan. | UMUM | |
PERAKUAN KESIHATAN | Perakuan kesihatan ialah sijil yang dikeluarkan dan ditandatangani oleh pihak berkuasa pelabuhan tertentu. Ia memperakukan keadaan kesihatan anak kapal dan penumpang, dan keadaan kebersihan kapal semasa ia hendak belayar. Kapal dikuarantin apabila ada wabak penyakit di atas kapal atau apabila pengasapan diperlukan (lihat Kuarantin). Apabila sesebuah kapal itu tiba di pelabuhan, ia akan dikuarantin sehingga praktik (izin untuk berkomunikasi) telah dibenarkan. Permit praktik percuma mengizinkan kapal untuk masuk tanpa sekatan kuarantin selanjutnya. Praktik sementara menunjukkan syarat yang membolehkan praktik percuma dikeluarkan. | UMUM | |
SURAT KREDIT | Surat kredit dikeluarkan oleh sesebuah bank, mengizinkan seseorang individu, firma perniagaan atau pihak tertentu untuk mengeluarkan sejumlah wang yang dinyatakan atas nama bank berkenaan. Surat ini sering digunakan oleh syarikat-syarikat untuk membiayai pergerakan barangan antara negara-negara. Ia juga digunakan oleh para pengembara. | UMUM | |
VOKAL | bunyi bersuara, yang apabila dikeluarkan, menyebabkan udara keluar terus-menerus dari paru-paru menerusi rongga mulut. | BAHASA | Konsep |
NEKTAR | Nektar ialah cecair manis yang dikeluarkan oleh kebanyakan bunga. Serangga terbang dari bunga ke bunga untuk menghisap nektar. Kelenjar nektar biasanya terletak di bahagian bawah bunga, dan serangga terpaksa mengesat debunga untuk sampai ke nektar. Serangga membawa debunga dari tumbuhan ke satu tumbuhan. Lebah mengumpul nektar, dan menukarkannya menjadi madu. Lihat juga Lebah (Membuat madu). | UMUM | |
DIFTONG | Diftong ialah bunyi yang dikeluarkan dengan menyebut dua vokal sebagai satu suku kata. Contoh dalam bahasa Inggeris ialah ou dalam out dan oi dalam oil. | UMUM | |
TENAGA SURIA | Tenaga suria ialah tenaga yang dikeluarkan oleh matahari. Ia terdiri daripada cahaya, haba, dan bentuk sinaran elektromagnet lain (lihat Sinaran ( Sinaran elektromagnet)). Tenaga suria dihasilkan oleh tindak balas nuklear yang berlaku di dalam matahari. | UMUM | |