REGGAE | Reggae ialah sejenis muzik popular yang dikembangkan di Jamaica pada tahun 1960-an. Pada mulanya, reggae dipersembahkan khusus untuk rakyat Jamaica yang miskin. Kemudiannya Reggae menjadi popular di seluruh Jamaica dan England serta Amerika Syarikat. Reggae mempengaruhi jiwa irama blues dan muzik rock. | UMUM | |
SISTEM WESTMINSTER | Sistem Westminster ialah satu bentuk pemerintahan yang dikembangkan di Britain pada tahun 1700-an dan 1800-an. Ia turut dilaksanakan di tanah jajahan British termasuk Australia dan New Zealand. Ciri penting sistem ini ialah penumpuan terhadap fungsi kerajaan dalam perundangan dan eksekutif (pengurusan). | UMUM | |
YOGA | Yoga ialah istilah yang mempunyai dua erti, iaitu (1) satu mazhab dalam agama Hindu, dan (2) satu sistem latihan mental dan fizikal yang dikembangkan oleh mazhab tersebut. Pengikut mazhab yoga dikenali sebagai yogi atau yogin | UMUM | |
DEMAM TIFOID | Demam tifoid ialah sejenis penyakit serius yang dijangkitkan oleh bakteria, yang menyebabkan demam panas, keletihan dan dalam kes yang teruk, kematian. Pada masa dahulu ia lebih kerap berlaku di kawasan yang padat penduduknya. Walau bagaimanapun setelah cara kesihatan dan sanitasi yang baik dikembangkan, demam tifoid jarang-jarang berlaku. Penyakit ini sekarang jarang-jarang sekali berlaku di tempat-tempat yang mempunyai standard sanitasi yang moden. | UMUM | |
BAITUL HIKMAH | Baitul Hikmah, perpustakaan tersohor di Baghdad semasa pemerintahan Bani Abbasiyah. Perpustakaan ini telah diasaskan oleh khalifah kelima Bani Abbasiyah, iaitu Khalifah Harun al-Rasyid (149-194 H/788-809 M). Perpustakaan ini kemudiannya dikembangkan oleh khalifah selepasnya iaitu Khalifah al-Ma‘mun. | AGAMA | Konsep |
MASNAWI | MASNAWI, puisi Parsi yang dicipta atau dikembangkan oleh penyair sufi Parsi yang terkenal, Jalaluddin al-Rumi (m. 1273 M.). Masnawi merupakan puisi panjang, baik yang berbentuk naratif seperti puisi epik Shah Nama oleh Firdausi (m. 1020 M.) mahupun puisi dedaktik Mathnawi karya al-Rumi. Shah Nama terdiri daripada 60 000 rangkap dengan menggunakan polamatra mutaqarib dan Mathnawi mengandungi 25 000 rangkap dalam polamatra ramal. | SASTERA | Karya |
KIT'AH | KIT’AH, BENTUK PUISI Arab yang merupakan fragmen daripada karya yang lebih panjang, misalnya sebuah qasidah. Kit’ah dalam bahasa Arab bererti potongan keratan, sekerat atau sepotong; memberikan makna sepotong daripada sebuah karya yang lebih besar kit’ah juga mungkin sebuah puisi tersendiri mengenai sesuatu topik, tetapi masih menggunakan skema-rima yang sama, iaitu serima (monorhyme) dan dalam polamatra yang umum seperti genre yang lain. Begitu rapatnya hubungan kit’ah dengan qasidah, walaupun pada kenyataannya sebuah qasidah hingga ada sarjana menganggap klit’ah berasal daripada qasidah yang mungkin dikembangkan daripada genre lain yang berasingan seperti ghazal, fakhr dan lain-lain. | SASTERA | Penerbitan |