Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikenakan sebagai


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RIBA

Riba ialah caj faedah pada kadar yang tinggi,

yang dikenakan ke atas wang yang dipinjam. Di

sesetengah negara, riba ditafsirkan sebagai caj

faedah yang dikenakan melebihi daripada kadar

maksimum yang sah di sisi undang-undang.

Orang perseorangan atau institusi yang

mengenakan kadar yang lebih daripada yang

dibenarkan di sisi undang-undang dikenali

sebagai pemakan riba .

UMUM 
TEKANAN

Tekanan , ditakrifkan sebagai daya per unit

keluasan. Dalam fizik, istilah ini biasanya digunakan

pada bendalir (gas atau cecair). Jika bendalir

dikenakan daya yang sesuai, tekanan terhasil di

dalamnya. Semakin besar daya, semakin besar

tekanan. Tekanan diukur dalam kilogram per

sentimeter persegi, atau pascal dalam sistem metrik.

Ia diukur dalam paun per inci persegi dalam sistem

imperial.

UMUM 
ALBAN, SAINT

Alban, Saint ( ? –209), diingati sebagai orang

pertama di Britain yang mati suci kerana agama.

Dia ialah warga kota kerajaan Rom yang bernama

Verulamium, kini St. Albans, di Hertfordshire,

England. Alban melindungi seorang paderi yang

melarikan diri daripada hukuman mati yang

dikenakan oleh orang Rom. Paderi itu

mengkristiankan Alban. Askar yang mencari

paderi itu menemui Alban yang memakai pakaian

paderi. Mereka telah menangkapnya dan dia

dihukum mati.

UMUM 
SISTEM BENUA

Sistem benua, merupakan usaha menahan

perdagangan United Kingdom dengan Negara-negara

Eropah yang lain pada awal tahun 1800-an.

Napoleon I Perancis menerimanya sebagai cara

perang ekonomi menentang United Kingdom.

Napoleon memulakan sistem ini melalui Dekri

Berlin pada 21 November 1806 yang

mengisytiharkan United Kingdom sebagai sebuah

negara yang dikenakan sekatan. Sekatan ini

diperluaskan melalui Dekri Milan 1807 kepada

kapal berkecuali yang berlabuh di United

Kingdom. Napoleon bertempur dalam Perang

Semenanjung dalam usaha sia-sianya

menguatkuasakan sistem itu. Namun tindakannya

itu membuktikan faktor utama yang menyebabkan

Rusia kehilangan sekutunya. Lihat Napoleon I

(Kejatuhan kuasanya).

UMUM 
OATES, TITUS

Oates, Titus ( 1649–1705) ialah pelampau

Protestan Inggeris. Pada tahun 1678, Oates mereka

cerita tentang rancangan orang Katolik Roman

untuk membunuh Raja Charles II dan menghancurkan

Protestanisme. Oates mengakui bahawa dia

mengetahui konspirasi yang dikenali sebagai Plot

Popish , yang dirancang, katanya, oleh sekumpulan

paderi Jesuit. Oates menjadi wira kerana

mendedahkan rancangan sedemikian, dan ramai

orang Katolik ditangkap dan sesetengahnya

dibunuh. Tetapi, pada tahun 1685, dia telah

didakwa kerana membuat sumpah bohong, dan

telah dikenakan denda serta dipenjara. William III

membebaskan Oates pada tahun 1689 dan

memberinya pencen. Oates lahir di Oakham,

England, di kaunti yang kini dikenali sebagai

Leicestershire.

UMUM 
TELAGA ARTOIS

Telaga artois ialah telaga yang menyadap air

dalam tanah yang berada di bawah tekanan. Air ini

naik ke permukaan tanpa bantuan pam jika tekanan

yang cukup wujud. Istilah telaga artois juga merujuk

kepada sebarang air telaga yang sangat dalam.

Kebanyakan telaga artois menyadap selapisan

bahan poros yang penuh dengan air bawah tanah.

Lapisan ini, dikenali sebagai akuifer , mungkin

terletak di antara dua lapisan tanah liat atau bahan-bahan

lain yang tidak menyimpan air. Akuifer itu

mungkin senget, dan oleh itu, ia menyerap air pada

sebelah hujungnya yang di atas. Air ini menyerap

turun ke dalam akuifer dan membekalkan air bawah

tanah. Telaga artois mengalir secara semula jadi

disebabkan oleh tekanan yang dikenakan pada air di

dalam akuifer oleh air yang masih berada di hujung

atas akuifer.

UMUM 

Kembali ke atas