SENI ABSTRAK | Seni abstrak ialah gaya seni tahun 1900-an yang mengetepikan subjek yang dapat dikenal pasti dengan jelas. Seni abstrak juga dikenali sebagai seni bukan objektif atau seni bukan figuratif . Seni abstrak ialah gaya seni tahun 1900-an yang mengetepikan subjek yang dapat dikenal pasti dengan jelas. Seni abstrak juga dikenali sebagai seni bukan objektif atau seni bukan figuratif . | UMUM | |
KHOISAN | Khoisan ialah nama yang diberikan kepada kumpulan manusia yang tidak dapat dikenal pasti yang tinggal di selatan Afrika. Istilah itu merujuk kepada dua kumpulan, iaitu San dan Khoikhoin. | UMUM | |
TIFOID MARY | Tifoid Mary ialah nama yang kadangkala digunakan untuk merujuk kepada Mary Mallon (1868?–1938), pembawa pertama demam tifoid yang dikenal pasti di Amerika Syarikat. Dia pulih dari penyakit tersebut, tetapi sebagai seorang pembawa, dia menyebarkan kuman demam tifoid kepada orang ramai. Dia telah menjangkiti lebih kurang 53 orang dengan demam tifoid antara tahun 1900 hingga tahun 1915. Tiga orang daripadanya mati akibat penyakit itu. Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan awal Mary Mallon. Dia lahir di Ireland dan berpindah ke New York, Amerika Syarikat, untuk bekerja sebagai tukang masak. George Soper, seorang jurutera sanitasi, telah mengaitkannya dengan lebih kurang enam kes demam tifoid yang berlaku di negeri tersebut. Mallon enggan berhenti daripada pekerjaannya sebagai tukang masak, oleh itu dia ditahan di sebuah hospital. Dia tinggal di hospital tersebut selama lebih 20 tahun hingga ke akhir hayatnya. | UMUM | |
KANDINSKY, WASSILY | Kandinsky, Wassily (1866–1944) ialah pelukis Rusia. Pada amnya, dia dianggap memulakan lukisan abstrak yang mempunyai objek yang tidak dapat dikenal pasti. | UMUM | |
SETH | Seth, juga dikenali sebagai Set , ialah dewa ribut, keganasan, kegelapan dan gurun Mesir purba. Dia juga merupakan dewa haiwan gurun, ular, babi, badak dan buaya. Seth dikenal pasti sebagai haiwan yang mempunyai badan yang panjang seperti anjing liar atau greyhound ; berleher panjang, bermuncung melengkung, bertelinga segi empat yang tegak serta ekor yang kaku dan bercabang. Seth sering kali digambarkan sebagai bertubuhkan manusia dan berkepalakan binatang. | UMUM | |
SENI BINA PASCA MODEN | Gerakan senibina Pasca Moden yang telah dikenal pasti bermula pada akhir tahun 1900-an. Pada mulanya ia hanyalah teori akademik dari perkembangan pemikiran intelektual dan tidak ada stail yang dominan. | KEJURUTERAAN | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
SKINNER, B.F. | Skinner, B.F. (1904–1990), ahli psikologi Amerika. Dia terkenal kerana penyelidikannya terhadap proses pembelajaran dan kepercayaannya terhadap masyarakat yang terancang. Skinner merupakan penyokong utama pengajaran terancang. Dalam program ini, prinsip pembelajaran yang dikenal pasti dalam makmal diterapkan dalam pengajaran di dalam kelas. Dia juga terkenal sebagai pengkaji psikologi tingkah laku, iaitu kajian terhadap tingkah laku manusia yang dapat dilihat. | UMUM | |
AIDS | AIDS ialah peringkat akhir jangkitan yang mengancam nyawa akibat virus kurang daya tahan (HIV). AIDS ialah akronim bagi sindrom kurang daya tahan penyakit. Nama ini merujuk kepada hakikat bahawa HIV merosakkan dengan teruk sistem imun melawan penyakit pada pesakit. Kes AIDS pertama kali dikenal pasti pada tahun 1981 di Amerika Syarikat, tetapi penyelidik telah mengesan kes ini seawal tahun 1959. Berjuta-juta kes AIDS telah didiagnosis di seluruh dunia. | UMUM | |
IKAT | IKAT, teknik mengikat benang-benang loseng dan pakan sebelum dicelup warna bagi menghasilkan ragam hias dan corak tenunan. Teknik ini telah dikenal pasti sejak zaman kebudayaan dongson di kawasan Tongkin dan Annam Utara (Vietnam) yang meresap ke Alam Melayu pada sekitar tahun 500 S.M. Teknik ini mempunyai persamaan dengan tenunan orang gunung Siam, pua kumbu Iban, ulos Batak, tenunan Jawa, Bali, Sumbawa, Bima dan Sulawesi. | BUDAYA | Proses/Tindak Balas |
ALDER | Alder ialah nama yang diberikan kepada kira-kira 30 jenis pokok renek dan pokok kecil yang didapati di kawasan sederhana bahagian utara dunia. Pokok alder dikaitkan dengan pokok birch dan mempunyai daun bujur yang bergerigi. Bunga betina yang dinamakan katkin (bunga ekor kucing), yang membesar menjadi kon yang keras seperti kon pokok pain yang kecil. Kon ini mengandungi biji. Kon ini berubah menjadi hitam apabila bijinya tertanggal dan akan tahan sepanjang musim sejuk. Gugus hitam yang tergantung ini menyebabkan pokok alder mudah dikenal pasti. Pokok alder membentuk belukar yang tebal di kawasan berpaya dan di cerun-cerun gunung. Ia biasanya ditemui di tepi tasik dan sungai. | UMUM | |