| PRUN | Prun ialah plum manis yang telah dikeringkan. Pengeringan menjadikan rupa prun berkedut-kedut. Plum yang terutamanya sesuai untuk dikeringkan dikenali sebagai plum prun. Prun mempunyai kandungan besi dan vitamin yang tinggi. | UMUM | |
| ORRISROOT | Orrisroot ialah rizom (batang bawah tanah) iris tertentu yang dikeringkan dan berbau wangi. Ia digunakan untuk memberikan bau wangi violet kepada minyak wangi. Minyak harum yang diekstrak daripada orrisroot tidak begitu meluas digunakan sebagaimana pada satu masa dahulu, kerana harganya yang tinggi dan adanya pengganti sintetik. Tetapi ia masih digunakan dalam minyak wangi tertentu yang mahal harganya. Orrisroot berasal daripada tiga spesies – Iris florentina, Iris germanica, dan Iris pallida. Ketiga-tiga iris ini ditanam dekat Verona dan Florence di Itali; dan Grasse, di Perancis. Rizomnya digali pada musim panas, dan dikeringkan dalam cahaya matahari. Ia mengeluarkan bahan berlilin yang mengandungi minyak yang berbau seperti violet dan digunakan dalam minyak wangi. Lihat juga Iris. | UMUM | |
| TERIPANG | Teripang ialah nama komersial bagi spesies tertentu haiwan laut yang telah dikeringkan yang dinamakan gamat atau timun laut (lihat Gamat ). Teripang juga dinamakan bêche-de-mer . Ia digunakan sebagai makanan di Timur Jauh. Gamat mempunyai badan yang lembut bak cacing. Panjangnya berbeza-beza dari beberapa sentimeter hingga kira-kira 60 sentimeter. Untuk menyediakan spesies yang boleh dimakan, bahagian dalam dibuang dan badannya direbus. Kemudian ia direndam dalam air segar dan disalai atau dijemur dalam panas matahari. Ia menghasilkan bahan bak getah yang digunakan untuk memekatkan dan memperasa sup. Pusat utama industri teripang ialah Ujung Pandang, sebuah pelabuhan di Sulawesi, Indonesia. California di Amerika Syarikat juga mempunyai industri teripang. | UMUM | |
| KOPRA | Kopra atau kelapa kering ialah isi kelapa yang telah dikeringkan. | UMUM | |
| AMBERGRIS | Ambergris ialah bahan berlilin yang terdapat dalam usus sesetengah ikan paus sperma. Ia berbau kuat apabila dikeringkan dan digunakan dalam minyak wangi yang mahal. | UMUM | |
| PLUM | Plum ialah buah yang popular yang dimakan segar atau digunakan untuk membuat jem, jeli dan jeruk. Sesetengah jenis plum dikeringkan untuk dibuat prun (lihat Prun ). | UMUM | |
| TEMBAKAU SEDUTAN | Tembakau sedutan ialah serbuk lembap atau kering yang dibuat daripada daun pokok tembakau. Tembakau mulu-mula ditapai oleh haba dan lembapan kemudian dikeringkan dan ditumbuk. Tembakau sedutan lembap diletakkan di celah pipi dan gusi. Tembakau sedutan kering mungkin dihidu melalui lubang hidung, digosok pada gusi atau dicelup – iaitu diletakkan di dalam mulut, biasanya di celah gusi dan bibir bawah. Pelbagai perisa ditambah pada tembakau sedutan untuk menambah rasanya. Pengambilan tembakau sedutan boleh mengganggu saraf yang membawa deria bau dan mengurangkan kebolehan mengecam bau. Ramai doktor percaya bahawa penggunaan tembakau sedutan meningkatkan risiko menghidap kanser mulut dan penyakit gusi yang lain. | UMUM | |
| LILIN KARNAUBA | Lilin karnauba ialah lilin sayur. Ia didapati daripada daun palma karnauba yang berasal dari Brazil. Untuk mendapatkan lilin karnauba, daun palma karnauba dikeringkan di bawah cahaya matahari sehingga selaput lilinnya bertukar menjadi debu bak tepung. Debu ini dicairkan, disejukkan, dan dibuat menjadi kepingan. | UMUM | |
| MINYAK NILAM | Minyak nilam ialah minyak yang berbau kuat yang digunakan untuk membuat minyak wangi. Minyak ini datangnya daripada daun nilam, iaitu anggota famili pudina. Daunnya dikeringkan dalam cahaya matahari. Ia kadangkala dibiarkan mengalami penapaian (perubahan kimia yang menguraikan bahan terbentuk). Kemudian, stim dilalukan pada daun untuk mengeluarkan minyaknya. Peladang menanam nilam di China, India, Indonesia, Filipina, dan Singapura. | UMUM | |
| MATÉ | Maté, juga dinamakan teh Paraguay, ialah minuman yang dibuat daripada daun dan pucuk yang dikeringkan daripada tumbuhan yang tumbuh di Amerika Selatan. | UMUM | |