Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diketuai


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERJANJIAN HUDAIBIYAHPerjanjian antara penduduk Islam Madinah yang diketuai oleh Rasulullah s.a.w. dengan Suhail bin 'Amr, wakil pihak Musyrikin Makkah.AGAMAPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
YARRA

Yarra ialah sekoci Australia yang diketuai oleh

Leftenan Komander R.W. Rankin. Semasa

mengiringi sebuah konvoi ke Australia, semasa

Perang Dunia II (1939–1945), ia bertembung dengan

tiga buah kruiser dan dua buah kapal pembinasa

Jepun di selatan pulau Jawa pada 4 Mac 1942.

UMUM 
PERTEMPURAN SHREWSBURY

Pertempuran Shrewsbury (1403), mengakhiri

pemberontakan yang diketuai oleh Sir Henry Percy

untuk menggulingkan Henry IV dari England.

UMUM 
PERGERAKAN DUA PULUH ENAM JULAI

Pergerakan dua puluh enam Julai ialah

sebuah kumpulan revolusi Cuba yang diketuai oleh

Fidel Castro yang menggulingkan diktator

Fulgencio Batista pada tahun 1959. Ia diberi nama

sempena tarikh pada tahun 1953 apabila Castro

gagal menawan berek askar di Santiago de Cuba.

UMUM 
PERWAKILAN DIPLOMATIK

Perwakilan diplomatik ialah misi diplomatik

dari sebuah negara ke sebuah negara lain yang

diketuai oleh seorang menteri.

UMUM 
OATES, LAWRENCE EDWARD GRACE

Oates, Lawrence Edward Grace (1880–1912)

ialah pegawai tentera British dan ahli ekspedisi

British ke Antartika yang diketuai oleh Kapten

Robert Falcon Scott. Dia menyertai ekspedisi itu

pada tahun 1910 dan pada tahun 1912

menganggotai kumpulan kereta luncur salji yang

sampai di Kutub Selatan. Dalam perjalanan pulang,

dia diserang reput fros dan mengalami kesukaran

untuk meneruskan perjalanan bersama-sama ahli

lain. Dengan semangat kepahlawanan yang

sanggup berkorban, dia terus berjalan sehingga

menemui maut dalam ribut salji. Semasa

meninggalkan khemahnya, dia berkata, “Saya mahu

keluar; mungkin agak lama.”

Oates lahir di London. Dia menyertai pasukan

tentera dan berkhidmat di Afrika Selatan, Mesir,

dan India.

UMUM 
NAZISME

Nazisme ialah pergerakan politik yang

kemudiannya membentuk kerajaan yang

berkembang di Jerman pada tahun 1920-an. Nazi,

yang diketuai oleh diktator Adolf Hitler, menguasai

Jerman dari tahun 1933 hingga tahun 1945.

Nazisme juga bermaksud mana-mana sistem

kerajaan atau kepercayaan politik yang menyerupai

kerajaan Hitler di Jerman. Perkataan ini juga dieja

sebagai Naziisme .

UMUM 
EKSPEDISI LEWIS DAN CLARK

Ekspedisi Lewis dan Clark ialah penjelajahan

pertama oleh kerajaan Amerika Syarikat ke

tanah gersang yang luas di barat laut negara itu.

Ekspedisi yang diketuai oleh Meriwether Lewis

dan William Clark, bermula pada tahun 1804 dan

berlanjutan lebih daripada dua tahun.

UMUM 
THE INTERNATIONALE

The Internationale ialah lagu kebangsaan tidak

rasmi yang digunakan oleh sesetengah parti

Sosialis. Sehingga tahun 1944, ia merupakan lagu

kebangsaan Kesatuan Soviet – negara Komunis

yang diketuai oleh Rusia. Lirik ini ditulis dalam

bahasa Perancis pada tahun 1871 oleh Eugéne

Pottier. Muziknya digubah pada tahun 1888 oleh

Pierre Degeyter, orang Belgium.

UMUM 
MOHAMMAD REZA PAHLAVI

Mohammad Reza Pahlavi (1919–1980) ialah

shah (raja) Iran dari tahun 1941 hingga tahun 1979.

Baginda digulingkan pada tahun 1979 oleh suatu

pergerakan yang diketuai oleh Ayatollah Ruhollah

Khomeini, pemimpin pergerakan Islam. Mohammad

Reza banyak membuat pembaharuan ekonomi dan

sosial semasa pemerintahannya. Namun, tidak

banyak yang dilakukannya untuk kepentingan rakyat.

Baginda merupakan pemerintah diktator. Ada

kalanya namanya dieja sebagai Mohammed,

Muhammad, Riza , dan Pahlevi.

UMUM 
123456

Kembali ke atas