Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikirimkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BUNGA EMAS DAN PERAK

BUNGA MAS DAN PERAK, sejenis hantaran yang pernah dikirimkan oleh raja-raja Melayu di utara Semenanjung Tanah Melayu seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dn Patani kepada Kerajaan Siam.  Pengiriman ini dilakukan tiga tahun sekali.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIArtifak/Mentifak
BUNGA EMAS

Bunga emas, hadiah yang dikirimkan oleh raja-raja Melayu di negeri Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu kepada kerajaan Siam sebagai tanda persahabatan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIAnugerah/Hadiah
TANJUNG PURA

TANJUNG PURA, ibu kota kerajaan Hindu Nagara Dipa, di Kalimantan, Indonesia.  Tanjung Pura terletak di hulu Sungai Nagara di sekitar Amuntai sekarang, termasuk dalam Propinsi Kalimantan Selatan.  Nagara Dipa ialah sebuah kerajaan bercorak Hindu.  Rajanya Ampu Jatmika pernah mengirim utusan ke negeri China untuk mendapatkan seorang ahli pembuat patung logam, untuk menggantikan patungnya yang diperbuat daripada kayu.  Utusan yang dikirimkan itu membawa hasil Nagara Dipa seperti intan, mutiara, damar, madu dan orang utan.  Selain itu, Nagara Dipa juga mempunyai hubungan dengan Majapahit, kerana pengganti Ampu Jatmika adalah Raden Putra, seorang keturunan Majapahit yang berkahwin dengan puteri Junjung Buih.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
TUNKU ANUM RAJA JAMBANGANTUNKU ANUM RAJA JAMBANGAN (  ?  - 1853), pembesar empat Kedah, bergelar Seri Paduka Raja.  Tidak diketahui dengan tepat tarikh kelahirannya tetapi semasa pendudukan Siam di Kedah (1821-1842), dia dianggap seorang tokoh tua yang disegani di Kedah.  Nama penuhnya ialah Tunku Anum bin Tunku Abdul Rahman, keturunan Sultan Muhammad Jiwa (1710-1778).  Bagaimanapun dia lebih dikenal dengan gelaran Tunku Paduka Raja Jambangan.  Gelaran ini diperolehnya pada bulan Ogos 1809 apabila dilantik oleh Sultan Ahmad Tajuddin sebagai ketua utusan bunga mas dan perak.  Dengan tugas ini dia dikehendaki mengetuai rombongan menghantar ufti ke Ligor sebelum dikirimkan ke Bangkok.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
‘ABD AL-RAHMAN AL-DAKHIL‘Abd al-Rahman al-Dakhil (113 H.-172 H./731M.-

788M.) terkenal dengan gelaran saor quraysh;

dan dikenali pula dengan al-Dakhil kerana

kemasukannya ke Andalus dan seterusnya

mengasaskan Kerajaan Umayyah di sana. Nama

penuhnya ialah ‘Abd al-Rahman ibn Mu’awiyah ibn

Hisham ibn ‘Abd al-Malik ibn Marwan. Dia lahir di

Damsyik dan membesar dalam keadaan yatim. Dia

telah berjaya melepaskan diri daripada ancaman

golongan Abbasiyyah sewaktu mereka merampas

kuasa Kerajaan Umayyah di Syam. Kebanyakan

orang Umawiyyah telah dibunuh. ‘Abd al-Rahman

bersembunyi dan berjaya menyusup keluar

hinggalah dia tiba di Maghribi. Di sana, dia bertemu

pula dengan hambanya Badar dan mendapat biaya

sara hidup daripada saudara perempuannya Ummu

al-Isba. Dia menumpang di rumah bapa saudaranya

daripada Kabilah Tafzawah yang berbangsa Tartar.

Ibunya berasal dari suku kaum ini.

Di sini dia telah menghubungi golongan

Umawiyyah di Andalus dengan menghantar Badar

sebagai utusannya. Lantas dikirimkan satu pasukan

yang terdiri daripada para pembesar Umawiyyah

dan mereka memberi sumpah setia kepada ‘Abd al-

Rahman.

UMUM 

Kembali ke atas