Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dik.ta.tor] | ديکتاتور

Definisi : pemerintah mutlak, terutamanya yg merampas kuasa tanpa mengikut per­lem­bagaan dan menggunakannya secara zalim: rakyat negara yg diperintah oleh seorang ~ jarang-jarang mempunyai kebebasan asasi; kediktatoran 1. pemerintahan oleh dik­tator: pemerintahan ini mengambil rupa bentuk kerajaan satu parti atau ~ tentera; 2. kuasa mutlak atau tertinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dik.ta.tor] | ديکتاتور

Definisi : orang yg memerintah dgn kuasa mutlak atau tidak terbatas. kediktatoran sifat (sikap) sbg diktator: Beliau tidak disukai kerana ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diktator


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DIKTATORKonsep kepimpinan kuku besi.SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi
PEMERINTAHAN DIKTATOR UMUM 
SALAZAR, ANTÓNIO DE OLIVEIRA

Salazar, António de Oliveira (1889–1970),

berkhidmat sebagai diktator Portugal dari tahun

1933 hingga tahun 1968. Dia menjadi perdana

menteri pada tahun 1932. Pada tahun berikutnya,

dia mengisytiharkan sebuah perlembagaan baru

yang menjadikannya sebagai diktator. Pada tahun

1968, dia diserang strok dan tidak dapat

menjalankan tugasnya. Dia digantikan oleh

Marcello Caetano sebagai perdana menteri.

UMUM 
SOMOZA GARCIA, ANASTASIO

Somoza Garcia, Anastasio (1896–1956) ialah

diktator Nicaragua yang memerintah negaranya

selama 20 tahun sebelum dibunuh pada tahun

1956. Somoza menguasai kerajaan, tentera dan

ekonomi Nicaragua, serta menggunakan kuasanya

untuk mengumpul kekayaan. Dia menghancurkan

semua pihak lawan dan tidak membenarkan

kebebasan bersuara. Kedua-dua anaknya juga

menjadi diktator Nicaragua.

UMUM 
STALIN, JOSEPH

Stalin, Joseph (1879–1953), diktator Kesatuan

Republik Sosialis Soviet (K.R.S.S.) dari tahun 1929

hingga tahun 1953. Dia bangkit daripada keadaan

kemiskinan yang amat memeritkan sebelum

menjadi pemimpin sebuah negara yang meliputi

kira-kira satu per enam daripada keluasan tanah di

dunia.

UMUM 
POLIS RAHSIA

Polis rahsia digunakan oleh kerajaan-kerajaan

tertentu dan diktator bagi mengawal, menakutkan,

dan mengintip orang awam. Walau bagaimanapun,

kewujudannya dirahsiakan sebagaimana aktivitinya.

UMUM 
REICH

Reich ialah perkataan Jerman yang bermaksud

empayar atau negara . Diktator Jerman, Adolf Hilter,

menggelarkan kerajaannya Third Reich

UMUM 
PERGERAKAN DUA PULUH ENAM JULAI

Pergerakan dua puluh enam Julai ialah

sebuah kumpulan revolusi Cuba yang diketuai oleh

Fidel Castro yang menggulingkan diktator

Fulgencio Batista pada tahun 1959. Ia diberi nama

sempena tarikh pada tahun 1953 apabila Castro

gagal menawan berek askar di Santiago de Cuba.

UMUM 
NAZISME

Nazisme ialah pergerakan politik yang

kemudiannya membentuk kerajaan yang

berkembang di Jerman pada tahun 1920-an. Nazi,

yang diketuai oleh diktator Adolf Hitler, menguasai

Jerman dari tahun 1933 hingga tahun 1945.

Nazisme juga bermaksud mana-mana sistem

kerajaan atau kepercayaan politik yang menyerupai

kerajaan Hitler di Jerman. Perkataan ini juga dieja

sebagai Naziisme .

UMUM 
MUSSOLINI, BENITO

Mussolini, Benito (1883–1945), mengasaskan

fasisme dan memerintah Itali hampir 21 tahun.

Hampir sepanjang tempoh itu, dia adalah seorang

diktator. Dia cuba membina Itali untuk menjadi

sebuah empayar besar. Sebaliknya, dia menjadikan

Itali negara yang ditakluki oleh tentera-tentera

daripada negara-negara lain.

UMUM 
123

Kembali ke atas