| SEKOLAH | Sekolah ialah institusi yang menyediakan pendidikan. Kebanyakan sekolah boleh dijelaskan sebagai bangunan yang sering dikunjungi oleh kanak-kanak dan remaja untuk belajar membaca, menulis, matematik, sains, pengajian sosial, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ciri sesetengah sekolah berlainan daripada sekolah biasa. Contohnya, ramai kanak-kanak Australia yang tinggal di ladang biri-biri yang jauh dari bandar, mendapat pendidikan harian di rumah melalui radio dan televisyen. Guru mereka berada di studio yang menyiarkan maklumat dari jarak jauh. Murid-murid berbual dengan guru melalui sistem radio dua hala. Sekolah udara ini bukanlah bangunan yang dikunjungi oleh pelajar untuk mendapatkan pelajaran, tetapi masih dianggap sebagai sekolah. Di pusat jagaan kanak-kanak atau tadika , anak kecil yang dianggap murid tidak akan belajar membaca, menulis, dan mengira. Bagaimana pula dengan universiti yang menerima pelajar dewasa? Bolehkah ia dianggap sekolah? | UMUM | |
| NORFOLK | Norfolk di England, ialah kaunti Broads, jalan air yang panjang, bermensiang dan tasik yang dikunjungi oleh beribu-ribu orang yang bercuti dan mereka yang berminat belayar setiap tahun. Norfolk mempunyai banyak kincir air, gereja yang cantik, dan kotej yang dibina daripada flin. Fens, ciri yang tersendiri topografi Norfolk, adalah kawasan tanah rendah berpaya. Norfolk adalah kaunti perladangan utama. Peladangnya pada tahun 1700-an adalah antara yang pertama menggunakan kaedah perladangan baru, seperti pusingan tanaman. | UMUM | |
| MASJID AL-HARAM | Masjid al-Haram ialah masjid terbesar di dunia yang wajib dikunjungi oleh umat Islam yang menunaikan ibadat haji. | KEJURUTERAAN | Bangunan/Kota |
| MUHAMMAD AL-FATIH | Muhammad al-Fatih (833 H.– 886 H., /1429 M.– 1481 M.), sultan kerajaan Uthmaniyyah, iaitu putera Sultan Murad II. Pada tahun 855 H. (1451 M.), baginda menaiki takhta menggantikan ayahandanya. Baginda boleh bertutur dalam bahasa Parsi, Arab, Yunani, Salafi dan menjadi pembantu dalam mengembangkan ilmu Islam. Baginda dikunjungi oleh para ulama, sasterawan, penyair dan menganugerahkan sebaik-baik penghargaan kepada mereka. Ayahandanya mewasiatkan agar membuka kota Constantinople, lalu baginda berusaha merealitikan cita-cita ayahandanya dan berjaya membuka kota itu pada tahun 857 H./1453 M. Dengan itu, baginda dikenali sebagai (al-Fatih (pembuka)) kerana berjaya membuka kota Constantinople iaitu ibu kota kerajaan Byzantine. Baginda menamakan Islambul yang bererti bandar Islam dalam bahasa Turki. | UMUM | |
| SANDRINGHAM | Sandringham ialah estet luar bandar yang digunakan oleh keluarga diraja British. Letaknya di Norfolk, lebih kurang 11 kilometer di timur laut King’s Lynn. Estet ini diperoleh untuk Edward VII, yang pada waktu itu menjadi Putera Wales, pada tahun 1861. Rumah Sandringham siap dibina pada tahun 1870. Tamannya dimajukan dan diperbaik oleh George V dan Ratu Mary. Estet ini boleh dikunjungi oleh orang ramai sekiranya keluarga diraja tidak berada di sana. | UMUM | |
| MAKASAR | MAKASAR, pelabuhan terkenal pada abad ke-16. Makasar terletak di hujung barat daya Pulau Sulawesi Indonesia. Pada tahun 1525, pelabuhan Makasar dikunjungi oleh Portugis yang berminat dalam perdagangan rempah di Indonesia Timur. Selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis, ramai pedagang Melayu khususnya dari Pahang dan Johor, telah belayar untuk berdagang dan mencari suaka di Makasar. Kehadiran para pedagang Melayu ini memungkinkan orang Makasar menguasai perdagangan di beberapa pelabuhan seperti Bantaeng, Bira dan Selayar yang menjadi saingan Makasar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
| PASPORT | Pasport ialah dokumen perjalanan yang menjadi pengenalan diri bagi pemegangnya sebagai warganegara negara yang mengeluarkan dokumen tersebut. Pasport juga meminta negara lain memberikan laluan yang selamat dan segala bantuan dan perlindungan undang-undang kepada pemegangnya. Kadang-kadang pasport hendaklah mempunyai visa (pengesahan rasmi) dari negara yang hendak dikunjungi oleh seseorang sebelum dia dibenarkan masuk ke negara tersebut (lihat Visa). | UMUM | |
| ORANG KAYA-KAYA | ORANG KAYA-KAYA, gelaran untuk golongan bangsawan. Di kalangan masyarakat Melayu tradisional, panggilan kehormat ‘Orang Kaya’ dikaitkan dengan gelaran mengenai kekuasaan dan kekayaan di kalangan mereka yang mempunyai pengaruh ekonomi dan politik. Mereka paling aktif dalam perdagangan di pelabuhan-pelabuhan utama yang dikunjungi oleh kebanyakan pedagang antarabangsa daripada golongan raja dan bangsawan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
| ISLAM DI FILIPINA | ISLAM DI FILIPINA, perkembangan agama Islam di Mindanao dan Sulu pada akhir abad ke-13. Menurut penulisan tradisi Moro, Tarsila, Mindanao dan Sulu menjadi pusat perdagangan yang dikunjungi oleh pedagang Arab, China dan India sebelum kedatangan Islam di rantau Asia Tenggara. Pada tahun 1450, Kesultanan Sulu didirikan di Buansa (Jolo) oleh Syed Abu Bakr, seorang pedagang peranakan Makkah. Di bawah pimpinannya, institusi politik yang berasaskan Islam dibentuk dan Islam dari Buansa tersebar ke kawasan yang berhampiran. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
| TAREKAT QADIRIYAH | TAREKAT QADIRIYAH, tarekat yang diasaskan oleh Syeikh Abdul Qadir al-Jilani (m. 1166 M.) di Baghdad. Beliau lahir dan dibesarkan di kota Gilan, sebuah bandar di Iran. Syeikh Abdul Qadir al-Jilani dikatakan berketurunan Ali bin Abi Talib. Bapanya, Abu Saleh bin Abdullah daripada keturunan Hassan bin Ali, manakala ibunya, Fatimah binti Sayyid Abdullah daripada keturunan Husin bin Ali. Ibu bapa serta nenek moyangnya ialah pengamal tasawuf. Syeikh Abdul Qadir al-Jilani juga pakar dalam bidang fiqah. Beliau seorang faqih dalam mazhab Hambali. Bagaimanapun, ketokohannya lebih menonjol dalam bidang tasawuf. Beliau dianggap Syeikhul Aulia’ (ketua para wali) dan wali Qutub pada zamannya. Para pengikutnya mempercayai beliau ialah seorang yang `keramat’. Semasa hidupnya lagi, beliau telah dikunjungi oleh umat Islam untuk mendapatkan barakah (berkat). Kini, orang ramai berkunjung ke makamnya di Baghdad untuk mendapatkan berkat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |