| TAINE, HIPPOLYTE ADOLPHE | Taine, Hippolyte Adolphe (1828 – 1893) ialah intelektual dan pengkritik Perancis. Penerapan falsafah faham penentuan kepada seni dan sastera yang dilakukannya telah banyak mencorakkan sikap para intelektual Perancis pada tahun 1800-an. | UMUM | |
| MENGAWAL BERAT BADAN | Mengawal berat badan ialah proses mengawal amaun lemak badan. Ia berdasarkan kaitan antara amaun makanan yang dimakan oleh seseorang dengan amaun senaman yang dilakukannya. Semakin kurang seseorang makan dan semakin banyak senaman dilakukan, semakin kurang lemak dalam badan. Mengawal berat badan mempunyai kepentingan perubatan kerana menjadi obes (terlalu gemuk) boleh membawa kepada masalah kesihatan yang teruk. Masalah emosi dan sosial yang serius juga boleh berlaku akibat keobesan. | UMUM | |
| AUNG SAN SUU KYI, DAW | Aung San Suu Kyi, Daw (1945– ), pemimpin politik Myanmar. Dia menerima Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1991 atas usaha-usaha secara damai yang dilakukannya untuk meng embalikan demokrasi di Myanmar. Dari tahun 1989 hingga 1995, dia ditahan di dalam rumah oleh diktator tentera yang memerintah Myanmar. | UMUM | |
| ANTIGONE | Antigone , dalam mitologi Yunani, ialah puteri Raja Oedipus dan Permaisuri Jocasta, yang memerintah Thebes. Oedipus secara tidak sedar membunuh bapanya dan mengahwini ibunya. Apabila menyedari apa yang telah dilakukannya, dia membutakan matanya dan kemudiannya diusir dari Thebes. Antigone menemani bapanya sebagai pemandu semasa bapanya berada dalam buangan (lihat Oedipus ). | UMUM | |
| SCOTT, ROBERT FALCON | Scott, Robert Falcon (1868–1912) ialah penjelajah dan pegawai tentera laut British yang merupakan orang pertama sampai di penara Kutub Selatan. Dia sampai di kawasan itu dalam ekspedisi yang dilakukannya dari tahun 1901 hingga tahun 1904. Pada 30 Disember 1902, Scott sampai di latitud 82 ° 17’, kira-kira 840 kilometer dari Kutub Selatan yang sebenar. Latitud yang dijejaki oleh Scott merupakan jarak paling ke selatan yang pernah ditempuhi manusia. | UMUM | |
| SURUHANJAYA DIRAJA | Suruhanjaya Diraja (Royal Commission) ialah badan yang dilantik oleh raja British bagi menjalankan sesuatu siasatan. Matlamatnya ditentukan oleh bidang kuasa yang diberikannya bagi sesuatu penyiasatan. Ia dianggotai oleh beberapa orang yang tidak dibayar gaji. Penyiasatan yang dilakukannya boleh merangkumi penguatkuasaan undang-undang, aduan, suasana yang wujud dalam industri atau hal-hal yang berkaitan pendidikan, dan sosial. Hasil siasatan dilaporkan kepada setiausaha dalam negeri. Suruhanjaya Diraja tidak boleh memaksa sesuatu dokumen atau sebarang bukti diberikan kepadanya kecuali ia mempunyai kuasa khusus yang diberikan oleh Akta Parlimen bagi tujuan tersebut. Di Australia dan New Zealand, pihak kerajaan akan meminta gabenor jeneral atau gabenor negeri untuk melantik seseorang bagi membentuk Suruhanjaya Diraja dan membuat laporan. | UMUM | |
| MOHAMMAD REZA PAHLAVI | Mohammad Reza Pahlavi (1919–1980) ialah shah (raja) Iran dari tahun 1941 hingga tahun 1979. Baginda digulingkan pada tahun 1979 oleh suatu pergerakan yang diketuai oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini, pemimpin pergerakan Islam. Mohammad Reza banyak membuat pembaharuan ekonomi dan sosial semasa pemerintahannya. Namun, tidak banyak yang dilakukannya untuk kepentingan rakyat. Baginda merupakan pemerintah diktator. Ada kalanya namanya dieja sebagai Mohammed, Muhammad, Riza , dan Pahlevi. | UMUM | |
| SATYR | Satyr ialah dewa kecil bagi desa dan hutan dalam mitologi Yunani. Satyr pada asasnya kelihatan seperti manusia biasa. Tetapi kebanyakan mereka mempunyai sedikit sebanyak ciri-ciri haiwan, seperti kaki, kuku, tanduk, dan telinga kambing, atau pelbagai gabungannya. Satyr mengikut Dionysus, iaitu dewa wain, dan Pan, dewa hutan dan padang rumput. Kebanyakan satyr adalah muda, ceria, tetapi nakal. Ada kalanya mereka menjadi liar dan tidak dapat dikawal, tetapi jarang mencederakan sesiapa pun. Perkara yang suka dilakukannya ialah meminum wain dan memburu perempuan cantik yang dikenali sebagai nimfa . Mereka juga suka muzik dan menari. Ada satyrz tua yang mabuk, tetapi bijak. Perkataan Rom purba bagi satyr ialah faun . Lihat juga Dionysus; Faun; Pan. | UMUM | |
| PAK BELALANG | PAK BELALANG, nama watak dalam cerita jenaka Melayu, sastera rakyat. Dalam kumpulan cerita jenaka Melayu, Pak Belalang ialah suatu watak yang paling pintar dan paling bernasib baik. Berbanding dengan watak-watak lain, apa yang dilakukannya member dia ganjaran yang baik dan menyelamatkannya. Di pihak yang lain, Pak Belalang juga mendapat keuntungan kerana unsur kebetulan. Pak Belalang memperlihatkan tanda sedia berusaha untuk memperbaiki kesusahan hidup yang dihadapinya. Dia menipu orang kampung sebagai nujum pada hal dia yang menyuruh anaknya menyembunyikan kerbau mereka. | SASTERA | Karya |