Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dilatih


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAINT BERNARD

Saint Bernard ialah anjing besar, bijak yang

menjadi terkenal kerana menyelamatkan

pengembara yang sesat. Anjing ini dilatih pada

tahun 1600-an oleh sekumpulan rahib dari biara St.

Bernard, di Pergunungan Alps Switzerland. Pada

masa itu, ramai pengembara pergi ke Pergunungan

Alps dengan berjalan kaki. Ada yang sesat semasa

perjalanan atau tertimbus oleh salji hanyut atau

ribut salji yang datang secara tiba-tiba. St. Bernard

dilatih untuk menyelamatkan mereka yang

menghadapi masalah begini. Dengan deria bau

yang tajam, St. Bernard boleh menjumpai orang

yang tertimbus di bawah timbunan salji. Setelah

menemui mangsa, ia meminta pertolongan dengan

menyalak kuat-kuat. Anjing ini juga dilatih untuk

memandu pengembara melalui laluan yang

berbahaya, dan memberi amaran tentang tempat

berpijak yang berbahaya. Pelukis Inggeris, Sir

Edwin Landseer, melukis gambar anjing ini pada

sebuah tong kayu kecil yang tergantung di

lehernya. Tetapi pihak berkuasa menyatakan St.

Bernard tidak pernah membawa tong kecil ini

semasa misi menyelamat.

UMUM 
ANJING PANDU

Anjing pandu ialah anjing yang dilatih khas untuk

memandu orang buta atau untuk menyedarkan

orang rosak pendengaran terhadap bunyi yang

penting. Anjing yang memandu orang buta

dinamakan anjing pandu atau anjing melihat, dan

anjing yang membantu orang rosak pendengaran

dinamakan anjing mendengar atau anjing telinga

mendengar.

UMUM 
PADERI

Paderi ialah orang yang dilatih khas untuk

menjalankan tugas dan upacara keagamaan dan

memberi nasihat keagamaan.

UMUM 
ASKAR PAYUNG TERJUN

Askar payung terjun merupakan askar yang

dilatih bagi melakukan serangan dari udara.

Mereka mungkin melakukan penerjunan ke darat

dengan menggunakan payung terjun, atau

diangkut ke kawasan pertempuran dengan kapal

terbang. Dalam pertempuran, askar payung terjun

akan mendarat di belakang barisan musuh,

meletupkan jambatan, memusnahkan komunikasi

dan menyekat bekalan dan pasukan bantuan.

Mereka selalunya muncul dengan tiba-tiba

sehingga mengejutkan musuh dan terlibat dalam

pertempuran ganas secara berhadapan. Askar

payung terjun membawa pek peralatan yang

berat, termasuk rifel automatik, mesingan,

grenad, peti perubatan dan peralatan radio.

UMUM 
TENTERA DARAT

Tentera darat ialah cabang angkatan bersenjata

sesebuah negara yang dilatih untuk bertempur di

darat. Tentera darat terdiri daripada pasukan darat,

senjata dan kelengkapannya, dan pangkalan tentera.

Hampir setiap negara mempunyai tentera darat

masing-masing.

UMUM 
MINUTEMAN

Minuteman adalah pasukan sukarela yang

bertukar menjadi pasukan tentera dan dilatih

menggunakan senjata pada tahun-tahun sebelum

berlaku Revolusi Amerika. Pasukan sukarela ini

dikenali sebagai minuteman kerana mereka

bersedia bertindak pada bila-bila masa.

UMUM 
PRIVET

Privet ialah pokok renek yang popular sebagai

pokok pagar. Ia biasanya dipangkas dan dilatih

tumbuh rapat-rapat menjadi pagar, tetapi kadang-kala

dibiarkan tumbuh tinggi merimbun. Ia kemudiannya

tumbuh menjadi pokok rimbun yang besar, kira-kira

sebesar saudara dekatnya, lilac . Bunganya yang putih

lebih kecil dan kurang menyerlah daripada bunga

lilac, tetapi bentuknya serupa. Baunya kurang harum

daripada bau lilac. Privet juga berkaitan dengan

zaitun, dan buahnya yang licin, berkulit gelap

menyerupai buah zaitun kecil yang masak.

UMUM 
KOMANDO

Komando ialah istilah Inggeris bagi askar yang

dilatih untuk mengambil bahagian dalam operasi

serang dan lari atau operasi serang hendap yang

khusus.

UMUM 
ANJING PENGUTIP HASIL BURUAN

Anjing pengutip hasil buruan ialah anjing

perburuan yang dilatih khas untuk mendapatkan

semula (mencari dan membawa balik) haiwan

buruan yang telah ditembak.

UMUM 
MERPATI PULANG

Merpati pulang ialah merpati baka khas yang

dihasilkan untuk perlumbaan dan membawa

utusan. Merpati ini boleh dilatih untuk pulang ke

sarangnya apabila ia dilepaskan dari tempat jauh.

Keupayaannya untuk pulang telah dipertingkatkan

bagi melalui pembiakan baka yang terpilih.

UMUM 
123

Kembali ke atas