PRAIRI | Prairi ialah kawasan datar atau tanah berbukit, terutamanya dilitupi oleh rumput yang tinggi. Para perintis yang mula-mula melihat prairi yang rata di Barat Tengah Amerika memerikannya sebagai “lautan rumput”. Angin bertiup lembut ke arah rumput hijau seperti permaidani itu. Di sesetengah tempat, rumput tumbuh lebih tinggi daripada orang dewasa. Kini, ladang jagung dan ladang gandum melitupi hampir sebahagian besar prairi. Tidak banyak prairi yang tidak digunakan oleh aktiviti manusia. | UMUM | |
ALPS | Alps ialah sistem pergunungan yang terbesar di Eropah. Puncaknya yang menjulang tinggi dilitupi salji dan lembahnya yang damai menjadikannya salah satu pemandangan yang paling menakjubkan di benua Eropah. | UMUM | |
KAPAL PENDARATAN | Kapal pemecah ais ialah kapal yang direka untuk belayar melalui air yang dilitupi ais. | UMUM | |
KAPAL PEMECAH AIS | Kapal pemecah ais ialah kapal yang direka untuk belayar melalui air yang dilitupi ais. | UMUM | |
KELAWAR | Kelawar adalah satu-satunya mamalia yang boleh terbang. Badan kelawar berbulu dan sayapnya dilitupi kulit yang licin, dan fleksibel. Kebanyakan spesies kelawar hidup di gua, bangunan, atau tempat lain yang terlindung. Sesetengah spesies hidup di atas pokok. Kelawar tidak banyak di banyak kawasan kerana ia bertenggek di tempat gelap dan keluar hanya pada waktu malam apabila kebanyakan orang tidur. Kelawar tergantung kepala ke bawah apabila ia berehat. | UMUM | |
PSORIASIS | Psoriasis ialah sejenis penyakit kulit, yang dicirikan oleh tompokan tebal yang timbul dan berwarna merah, dan dilitupi sisik yang putih keperakan. Pada kebanyakan orang, hanya tompokan itu sahaja gejala penyakit itu. Tetapi tompokan itu mungkin memedihkan, pecah dan berdarah, terutama jika kulitnya radang kerana digaru. Tompokan itu biasanya terdapat pada siku dan pada lutut. Namun dalam kes yang teruk, tompokan mungkin meliputi seluruh tubuh. Sejenis artritis dikaitkan dengan banyak kejadian psoriasis, walaupun tompokan kulit itu tidak menyebabkan artritis. | UMUM | |
MUKA | Muka ialah bahagian depan kepala seseorang. Ia terdiri daripada dahi, mata, hidung, mulut, pipi, dan dagu. Muka dilitupi otot dan kulit. Mata dilindungi daripada silauan dan habuk oleh kelopak mata, bulu mata, dan bulu kening. Hujung hidung terdiri daripada rawan dan kulit, yang bertindak sebagai kusyen yang anjal. Saluran hidung diliputi bulu halus yang menyaring habuk dan kotoran dalam udara daripada masuk ke dalam hidung. Mulut termasuk bibir, gigi, lidah, dan lelangit, dilapisi membran mukus. Rahang bawah adalah satu-satunya bahagian tulang pada muka yang bergerak. | UMUM | |
BICHIR | Bichir ialah ikan air tawar Afrika. Badannya panjang dan halus, dan dilitupi sisik yang keras, berkilat berbentuk segi empat bujur. Sirip sisi (pektoral) adalah seperti kipas berserta tangkai berisi. Terdapat beberapa spesies, yang panjangnya dari 35 hingga 70 sentimeter. | UMUM | |
MURMANSK | Murmansk (pend. 412 000), pelabuhan utama Rusia di Lautan Artik. Ia merupakan bandar terbesar di utara Bulatan Artik. Arus Telukan yang panas menyebabkan pelabuhan ini tidak dilitupi ais sepanjang tahun. Murmansk terletak di kawasan tanah rata, kawasan tiada berpokok di bahagian utara Semenanjung Kola. Ia bersempadan dengan Serokan Kola, cabang Lautan Artik. Untuk lokasi, lihat Rusia, (peta politik). | UMUM | |
SAKSOFON | Saksofon ialah alat muzik woodwind yang, diperbuat daripada loyang. Ia terdiri daripada tiub dengan pemipit di satu hujung dan berbentuk seperti loceng yang terbuka di bahagian hujung yang satu lagi. Saksofon mempunyai lubanglubang yang dilitupi tuas-tuas yang dikenali sebagai kekunci. | UMUM | |