MERIDIAN | Meridian ialah garisan yang dilukis di atas glob dunia dari kutub utara ke kutub selatan. Setiap garisan mengelilingi separuh glob dan bersambung dengan garisan yang satu lagi pada kedua-dua kutub. Garisan ini dipanggil meridian. Dua garisan meridian bersambung pada kedua-dua kutub membentuk edaran meridian. Garisan meridian digunakan untuk mengukur longitud, iaitu jarak timur atau barat daripada garisan yang melalui Greenwich, England. | UMUM | |
LATITUD DAN LONGITUD | Latitud dan longitud, garisan yang dilukis pada atlas dan glob. Latitud dilukis secara mendatar (garisan melintang) di atas glob, manakala longitud dilukis secara menegak (garisan bujur). | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Konsep |
SPIRIT '76 | Spirit ’76 ialah pemandangan patriotik yang masyhur yang dilukis sekitar tahun 1875 oleh pelukis Amerika, Archibald M. Willard. Pemandangan ini menunjukkan seorang peniup seruling bersama-sama dengan dua orang pemalu gendang mengepalai askar Amerika ke medan peperangan semasa Revolusi Amerika. Willard melukis beberapa versi The Spirit of ‘76 ini. | UMUM | |
PETA | Peta ialah gambaran tentang bumi atau mana-mana cakerawala lain yang dilukis atau dicetak. Kebanyakan peta menunjukkan sebahagian atau semua permukaan bumi. Tetapi, peta juga mungkin menunjukkan planet lain, bulan atau kedudukan bintang di angkasa. Kebanyakan peta adalah rata, walaupun sesetengahnya mempunyai permukaan timbul. Glob ialah peta dalam bentuk bola. | UMUM | |
SULAMAN | Sulaman ialah seni menjahit hiasan di atas fabrik atau bahan yang seumpamanya dengan menggunakan jarum dan benang. Jahitan itu boleh dicantum untuk dijadikan pelbagai corak, termasuk bunga, binatang, manusia, dan corak abstrak. Corak dilukis di atas fabrik, dan kemudian disulam, atau corak direka semasa menyulam. | UMUM | |
MURAL | Mural ialah gambar atau reka bentuk yang menghiasi dinding. Kebanyakan mural menghiasi dinding di dalam bangunan, tetapi sesetengahnya menghiasi siling dan dinding luar. Mural dalaman hendaklah harmoni dengan gaya dan skala bilik. Pelukis mural mesti merancang coraknya supaya pintu, tingkap dan perabot tidak menjejaskan keharmoniannya. Kebanyakan mural dilukis. Tetapi sesetengahnya dibuat daripada kepingan kecil kaca, batu dan bahan-bahan lain. Mural ini dinamakan mozek. Rencana ini hanya membincangkan mural yang dilukis. | UMUM | |
AKSIOM | Aksiom ialah kenyataan matematik yang diandaikan benar. Aksiom dianggap sebagai kebenaran nyata yang tidak boleh dibuktikan. Satu contoh aksiom ialah aksiom selari dalam geometri. Aksiom selari ini menyatakan bahawa “melalui satu titik yang tidak terletak pada suatu garisan yang ditentukan, satu, dan hanya satu, garisan boleh dilukis selari dengan garisan yang diperuntukkan”. | UMUM | |
TIEPOLO, GIOVANNI BATTISTA | Tiepolo, Giovanni Battista (1696–1770) ialah pelukis terkenal Itali yang terakhir daripada kumpulan Venitian. Dia pada mulanya meminati Paolo Veronese. Kemudian dia mencipta satu gaya mural berwarna-warni yang hebat yang kemudiannya amat digemari di Eropah pada tahun 1770-an. Banyak lukisan muralnya menggambarkan peristiwa bersejarah dan alegori yang hebat. Ia memaparkan watak aktif yang dilukis menggunakan warna pastel yang ceria. Tiepolo lahir di Venice, Itali. Selepas tahun 1750, dia banyak berkarya di Jerman dan Sepanyol. Karyanya termasuk hiasan untuk istana ketua biskop di Würzburg, Jerman dan di Istana Diraja di Madrid . Beberapa lukisan minyak kecil Tiepolo untuk mural besarnya dipamerkan di Muzium Seni Metropolitan, New York City. Lihat juga Seni lukis (Hiasan). | UMUM | |
TITIK JARUM | Titik jarum ialah satu bentuk sulaman, yang jahitan dijahit melalui ruang atau petak-petak fabrik jejaring terbuka yang dikenali sebagai kanvas . Ia digunakan untuk membuat baju, gambar, dompet, upholsteri dan banyak barang-barang lain. Titik jarum pernah dikenali sebagai dewangga. Corak boleh dilukis atau dicetak di atas kanvas. Penyulam menggunakan jarum dewangga yang tumpul dan pelbagai benang lembut. Kerja ini termasuklah sulaman kain kapas, krewel, kait atau yarn Parsi dan kadangkala jalur kulit atau reben. Jahitan ini menghasilkan corak yang serata di atas permukaan jejaring. | UMUM | |
KONTUR | Kontur, satu kaedah bagi menggambarkan relif dan ketinggian di dalam peta. Dalam kaedah ini garisan kontur dilukis untuk menyambungkan titik-titik yang sama tingginya dari satu aras datum. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Kaedah |