PERJANJIAN MUNICH | Perjanjian Munich diluluskan pada bulan September 1938 di Munich, Jerman. Dengan Ini, Great Britain dan Perancis menerima tuntutan Jerman untuk mendapatkan beberapa buah kawasan di Czechoslovakia. Persetujuan tersebut melibatkan kawasan Sudetenland di Czechoslovakia yang mempunyai 800 000 orang Czech dan 2 800 000 orang yang berketurunan Jerman. | UMUM | |
ORDINAN BARAT LAUT | Ordinan Barat Laut, diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat pada 13 Julai 1787, merupakan satu daripada undang-undang paling penting yang pernah dipakai. Ordinan ini disediakan untuk kerajaan kawasan utara Sungai Ohio dan barat Pennsylvania di Amerika Syarikat, yang kemudiannya dinamakan Wilayah Barat Laut. Ia menjadi model bagi semua wilayah yang kemudiannya menyertai Kesatuan sebagai negeri- negeri. Ordinan ini sebahagian besarnya merupakan usaha Jeneral Nathan Dane, Rufus King, dan Manasseh Cutler. | UMUM | |
ACT OF SETTLEMENT | Act of Settlement yang diluluskan di England pada tahun 1701, memberikan hak warisan mahkota kerajaan Inggeris kepada Sophia, pemerintah Hanover dan warisnya yang berfahaman Protestan. Sophia ialah cucu kepada James I. | UMUM | |
AKTA PELAYARAN | Akta Pelayaran (Navigation Act) ialah beberapa undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen Inggeris pada tahun 1660-an. Tujuan undang-undang ini adalah untuk melindungi perdagangan Inggeris. | UMUM | |
DORA | DORA, Akta Pertahanan Jajahan (Defence of the Realm Acts) yang diluluskan pada tahun 1914 dan tahun 1915 memberi kerajaan United Kingdom satu kuasa yang khusus semasa Perang Dunia I (1914–1918). | UMUM | |
DEWAN NEGARA | DEWAN NEGARA, majlis tetinggi atau juga dikenal sebagai senat yang berfungsi membahaskan sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
THIRTY-NINE ARTICLE | Thirty-Nine Article ialah satu kenyataan doktrin yang dikeluarkan di England pada tahun 1563 dan diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1571. Artikel ini diwujudkan untuk menyelesaikan perbalahan agama yang dibangkitkan oleh Reformasi Protestan. Artikel ini menetapkan kedudukan agama yang diterima semua oleh penduduk Inggeris. Artikel ini masih kekal sebagai doktrin Gereja Anglikan dan disahkan oleh paderi Gereja England. | UMUM | |
RESOLUSI KUASA PERANG | Resolusi Kuasa Perang ialah undang-undang Amerika Syarikat yang digubal untuk mengimbangi kuasa ketenteraan presiden dan Kongres. Undang- undang ini diluluskan pada tahun 1973, dan lebih dikenali sebagai Akta Kuasa Perang. Menurut Seksyen 4(a)(1) resolusi ini, presiden mesti memaklumkan kepada Kongres dalam tempoh 48 jam sekiranya tentera Amerika Syarikat hendak dihantar ke kawasan musuh tanpa pengisytiharan perang. Di samping itu, tentera tersebut tidak boleh berada di kawasan tersebut lebih daripada 90 hari melainkan Kongres meluluskan tindakan presiden itu atau mengisytiharkan perang. | UMUM | |
BADAN BERKANUN | BADAN BERKANUN, sebuah perbadanan awam dalam struktur pentadbiran kerajaan. Badan berkanun ditubuhkan oleh kerajaan Persekutuan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, dan oleh kerajaan negeri di bawah enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undang Negeri masing-masing. Penubuhan badan berkanun pada umumnya bertujuan untuk membolehkan penglibatan kerajaan secara terus dan lebih berkesan dalam bidang perkhidmatan awam dan pembangunan sosioekonomi yang memerlukan modal yang banyak dan kurang mendapat sambutan daripada sektor swasta. Badan berkanun dijangka akan dapat memainkan peranan yang lebih aktif dan bebas kerana badan tersebut tidak perlu mengikut peraturan biasa yang diamalkan dalam pentadbiran kerajaan, walaupun badan itu diletakkan di bawah kuasa kerjaaan Persekutuan dan kerajaan Negeri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
DASAR KULIT PUTIH AUSTRALIA | Dasar kulit putih Australia ialah nama yang popular bagi dasar lama imigresen Australia. Undang-undang ini berdasarkan Akta Sekatan Imigresen, yang diluluskan pada tahun 1901 oleh kerajaan persekutuan yang baru dibentuk. | UMUM | |