Sewa beli ialah satu kaedah pembelian secara hutang. Kedai yang menjual barangan secara sewa beli selalunya menghendaki pembeli membayar sebahagian daripada harga barangan pada masa ia dijual. Pembeli kemudiannya akan membuat beberapa kali bayaran yang sama banyaknya seperti yang dinyatakan, sehingga bayaran dilunaskan sepenuhnya. Bayaran ini dikenali sebagai bayaran tertunda dan tempoh masa pembayarannya boleh dilanjutkan. |