KAWASAN METROPOLITAN | Kawasan metropolitan ialah wilayah yang padat penduduknya dan terdiri daripada kawasan pusat bandar dan kawasan yang dimajukan di sekitarnya. | UMUM | |
LIGATUR | Ligatur ialah benang yang digunakan dalam pembedahan untuk mengikat saluran darah yang mengalami pendarahan. Pakar bedah tidak menggunakan ligatur secara meluas sehingga pembedahan yang bebas daripada kuman dimajukan pada pertengahan tahun 1800-an. | UMUM | |
SINTETIK | Sintetik ialah bahan yang dicipta secara artifisial apabila dua unsur atau lebih digabungkan secara kimia untuk membuat sebatian baru. Sintetik termasuk semua plastik dan serat buatan seperti akrilik, asetat dan nilon. Kebanyakan bahan sintetik telah dimajukan semasa keluaran asli berkurangan atau tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan perindustrian tertentu. | UMUM | |
TELUK INTAN | Teluk Intan, bandar tua yang terletak di kawasan Hilir Perak. Nama asalnya ialah Teluk Anson. Bandar ini istimewa kerana kedudukan geografinya. Pada abad ke-20, Teluk Anson muncul sebagai kawasan pertanian. Pada tahun 1908, ribuan hektar tanah dimajukan untuk tanaman getah. | UMUM | |
MENYELAM DALAM AIR | Menyelam dalam air ialah cara orang sampai ke dunia yang luar biasa dan indah di bawah permukaan lautan, tasik, dan sungai. Orang zaman purba menyelam dalam air untuk mencari ikan, haiwan air yang lain, dan tumbuhan untuk makanan. Dengan kemahiran yang dimajukan dan perkembangan peralatan, berbagai-bagai kegiatan lain telah mula dilaksanakan dalam air. | UMUM | |
REZA SHAH PAHLAVI | Reza Shah Pahlavi (1878–1944) ialah raja Parsi atau kini dikenali dengan nama Iran. Baginda memerintah dari tahun 1925 hingga tahun 1941. Sepanjang pemerintahannya, banyak perubahan dan kemudahan yang disediakan dalam negara termasuk pembinaan landasan kereta api dan kilang perindustrian. Sektor pendidikan turut dimajukan, di samping menambah peluang pekerjaan dan pendidikan bagi kaum wanita. Dia juga mengemaskinikan sistem perundangan. | UMUM | |
SANDRINGHAM | Sandringham ialah estet luar bandar yang digunakan oleh keluarga diraja British. Letaknya di Norfolk, lebih kurang 11 kilometer di timur laut King’s Lynn. Estet ini diperoleh untuk Edward VII, yang pada waktu itu menjadi Putera Wales, pada tahun 1861. Rumah Sandringham siap dibina pada tahun 1870. Tamannya dimajukan dan diperbaik oleh George V dan Ratu Mary. Estet ini boleh dikunjungi oleh orang ramai sekiranya keluarga diraja tidak berada di sana. | UMUM | |
ANTRIM | Antrim (pend. 44 264 orang) adalah daerah kerajaan tempatan dan bandar baru di Ireland Utara, yang bersempadan dengan Lough Neagh. Kawasan ini terpusat pada bandar bersejarah Antrim. Kini bandar ini merupakan satu daripada bandar daerah Ireland Utara. Antrim bersama dengan Ballymena membentuk kawasan yang bakal dimajukan sebagai kawasan memajukan perindustrian. Lebuh raya M2 menghubungkan Antrim dengan Belfast dan kawasan pelabuhan Larne yang luas. | UMUM | |
TENAGA NUKLEAR | Tenaga nuklear , dikenali juga sebagai tenaga atom , ialah jenis tenaga yang paling kuat yang pernah diketahui. Ia mengeluarkan haba dan cahaya matahari yang sangat kuat dan letupan senjata nuklear yang menghancurkan. Tenaga nuklear terhasil daripada perubahan dalam nukleus (teras) atom. Ahli sains dan jurutera telah menemui banyak kegunaan tenaga ini, terutamanya dalam penghasilan tenaga elektrik. Tetapi mereka belum berupaya untuk menggunakan sepenuhnya kuasa nuklear. Jika tenaga nuklear dimajukan sepenuhnya, ia boleh membekalkan kesemua tenaga elektrik dunia selama berjuta-juta tahun. | UMUM | |
SUNGAI ORD | Sungai Ord, di Australia Barat, berpunca berhampiran Halls Creek dan mengalir ke arah utara sejauh 480 kilometer masuk ke dalam Teluk Cambridge, berdekatan Wyndham. Bersama-sama dengan cabangnya, ia menyaliri kawasan di hulu sungai, Empangan Sungai Ord yang seluas 46 200 kilometer persegi. Sungai Ord merupakan sumber air bagi rancangan pengairan yang besar, direka untuk membekalkan air bagi kawasan tanah seluas 75 000 hektar, khusus ditanami tanaman tropika dan subtropika. Kira-kira 14 000 hektar tanah telah dimajukan. Rancangan pengairan ini termasuklah Empangan Pelencongan Kununurra dan Empangan Sungai Ord. | UMUM | |