BENDALIR PELENGKAPAN TELAGA | Bendalir yang dimasukkan di dalam sesebuah telaga minyak atau gas semasa telaga tersebut disiap atau dilengkapkan untuk tujuan pengeluaran atau suntikan. | KEJURUTERAAN | Konsep |
YIS | Yis ialah bahan hidup yang dimasukkan ke dalam doh untuk menjadikannya naik. Ia juga digunakan dalam pengeluaran bir, wain dan lain-lain minuman keras. Yis yang digunakan secara komersial terdiri daripada organisma halus bersel tunggal. Terdapat lebih daripada 600 spesies yis, tetapi hanya beberapa yang digunakan secara komersial. | UMUM | |
HAK PENGELUARAN KHAS | Hak pengeluaran khas ialah aset simpanan yang dimasukkan ke dalam buku kira-kira Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebagai kredit untuk negara-negara anggota | UMUM | |
MESIN SLOT | Mesin slot ialah alat yang berfungsi apabila duit syiling dimasukkan ke dalam slot khas. Duit syiling itu seterusnya akan memulakan mekanisme mesin. Terdapat banyak jenis mesin slot. Mesin layan diri menjual pelbagai barangan termasuk makanan seperti coklat dan makanan ringan. Sesetengah mesin layan diri menjual cecair seperti kopi atau teh panas. Peti muzik ialah mesin slot yang memainkan muzik pada piring hitam. | UMUM | |
MESIN LAYAN DIRI | Mesin layan diri ialah mesin yang mengeluarkan produk atau perkhidmatan apabila duit, token, kad, atau kunci dimasukkan ke dalamnya. Mesin layan diri mendispens pelbagai jenis barang jualan seperti gula-gula, rokok, kopi, aiskrim, dan minuman ringan. Sesetengah mesin layan diri boleh digunakan 24 jam sehari. | UMUM | |
KECEKAPAN | Kecekapan, dalam bidang kejuruteraan dan fizik, ialah nisbah kerja yang dihasilkan oleh mesin dengan amaun tenaga yang dimasukkan ke dalam mesin. | UMUM | |
PROSES OZALID | Proses Ozalid ialah kaedah mengeluarkan salinan dokumen. Kertas asal diletakkan di atas helaian kertas Ozalid yang dirawat secara kimia dan dimasukkan ke dalam mesin Ozalid. | UMUM | |
BUTANG | Butang ialah objek bulat leper atau objek berbentuk lain yang digunakan untuk merapatkan pakaian. Butang dijahit pada satu sisi pakaian dan dimasukkan ke dalam lubang butang atau gelung di sisi yang satu lagi. | UMUM | |
NOTA KAKI | Nota kaki ialah nota yang dicetak dalam huruf kecil di sebelah bawah sesuatu halaman. Ia digunakan untuk memberi maklumat yang terlalu panjang atau terlalu terperinci untuk dimasukkan ke dalam kenyataan yang asal. Nota kaki kadangkala digunakan untuk menerangkan sesuatu perkataan atau idea yang mungkin mudah disalahertikan, tetapi biasanya ia hanyalah memetik sumber atau kewibawaan untuk menjelaskan apa yang dikatakan oleh pengarang. Nota kaki membantu memendekkan ayat dan membebaskannya daripada fakta yang berlebihan. | UMUM | |
ARDIZZONE, EDWARD | Ardizzone, Edward (1900–1979) ialah penulis dan pelukis Inggeris. Dia adalah penulis dan pelukis buku kanak-kanak yang telah banyak menerima hadiah. Dia menulis cerita kembaraan yang di dalamnya dimasukkan lukisan-lukisan yang bukan sahaja ceria tetapi juga melucukan. Ardizzone juga telah melukis gambar untuk buku yang ditulis oleh pengarang lain. Kesemuanya berjumlah lebih daripada 100 buah. | UMUM | |