PERJANJIAN SYKES–PICOT | Perjanjian Sykes–Picot telah dimeterai antara Britain dengan Perancis untuk membahagikan negara Arab Timur kepada kedua- dua kuasa besar tersebut semasa Perang Dunia I. Kedua-dua negara Berikat ini telah mencapai kata sepakat pada 16 Mei 1916 M., hasil rundingan rahsia antara wakil Britain, Sir Mark Sykes dengan wakil Perancis, François George Picot. | UMUM | |
PERJANJIAN RENVILLE | PERJANJIAN RENVILLE (1948), perjanjian antara Indonesia dengan Belanda. Perjanjian ini dimeterai apabila Perjanjian Linggarjati dicabuli oleh tentera Belanda. Usaha gencatan senjata dalam konflik Indonesia-Belanda telah sampai ke pengetahuan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dalam salah satu resolusinya, Majlis Keselamatan telah memerintah kedua-dua belah pihak mengadakan gencatan senjata di bawah pengawasan Komisi Jasa Baik PBB yang terdiri daripada tiga negara yang dipilih oleh negara yang bersengketa. Indonesia telah memilih Australia sementara Belanda memilih Belgium, dan kedua-dua negara tersebut memilih Amerika Syarikat sebagai anggota ketiga. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA (1824) | Perjanjian Inggeris-Belanda (1824). Perjanjian antara British dengan Belanda bagi menyelesaikan masalah hubungan antara kedua- duanya. Perjanjian ini ditandatangani pada bulan Mac 1824. Masalah timbul apabila Singapura dan pulau-pulau yang berhampiran dengannya diambil oleh pihak British. Keadaan ini menyebabkan timbulnya pertelagahan antara British dengan Belanda. Britain juga bimbang jika pertelagahan akan membawa kepada peperangan terbuka. Suasana politik di Eropah ketika itu juga menyebabkan kedua-dua pihak perlu mencari jalan penyelesaian segera. Justeru itu, perjanjian ini dimeterai. | UMUM | |
DATU ALI | DATU ALI (? -1909), pemimpin Islam di Cotabato, Filipina Selatan pada akhir abad ke-19. Datu Ali dan Datu Piang ialah orang kanan Datu Uto. Pengaruh Sepanyol yang semakin meluas dan kuat menyebabkan kuasa politik Datu Uto menjadi lemah dan penyokongnya mula menjauhkan diri. Penguasaan Sepanyol ke atas Filipina berakhir apabila Perjanjian Paris 1898 dimeterai dan Filipina diserahkan kepada Amerika. Tindakan Sepanyol meninggalkan Cotabato menimbulkan keadaan huru-hara dan ketegangan di kalangan penduduk Cotabato yang beragama Kristian apabila datu-datu di Cotabato berebut-rebut untuk meluaskan kuasa mereka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA | PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA (1824), perjanjian antara British dengan Belanda bagi menyelesaikan masalah hubungan antara kedua-duanya. Perjanjian ini ditandatangani pada bulan Mac 1824. Masalah timbul apabila Singapura dan pulau-pulau yang berhampiran dengannya diambil oleh pihak British. Keadaan ini menyebabkan timbulnya pertelagahan antara British dengan Belanda. Britain juga bimbang jika pertelagahan akan membawa kepada peperangan terbuka. Suasana politik di Eropah ketika itu juga menyebabkan kedua-dua pihak perlu mencari jalan penyelesaian segera. Justeru itu, perjanjian ini dimeterai. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |