| AZMAN HASHIM, TAN SRI | Azman Hashim, Tan Sri (1939– ), tokoh korporat terkenal di Malaysia dalam bidang perniagaan melalui entiti perniagaan yang dimilikinya iaitu Arab-Malaysian Merchant Bank dan Arab-Malaysian Corporation (AMCORP). | UMUM | |
| OCHO RIOS | Ocho Rios ialah tempat peranginan di Jamaica yang mempunyai keindahan alam semula jadi. Ia terletak kira-kira 100 kilometer ke timur Teluk Montego. Ia merupakan teluk yang terlindung yang dikelilingi oleh dusun kelapa dan tebu serta kebun buah-buahan. Ocho Rios merupakan tarikan pelancong dengan pantai, pasar, kedai, restoran, hotel, dan kemudahan rekreasi lain yang dimilikinya yang dapat dibanggakan. Kawasan yang menarik yang terletak berdekatan dengannya termasuk Galur Fern, iaitu kawasan tumbuh- tumbuhan tropika yang tidak tercemar; Air Terjun Sungai Roaring, yang sebahagiannya digunakan bagi tenaga hidroelektrik; dan Air Terjun Sungai Dunn. | UMUM | |
| ABU AL-SA‘UD AL-‘AMADI | Abu al-Sa’ud al-'Amadi ialah mufti dan ahli tafsir. Nama sebenarnya ialah Muhammad ibn Muhammad ibn Mustafa al-Amadiy. Dia lahir di salah sebuah pinggir Kota Istanbul dalam keluarga yang mengutamakan ilmu dan kemuliaan. Dia mempelajari pelbagai ilmu daripada ulama yang terkemuka pada zamannya. Antara mereka ialah ayahnya sendiri sehingga dia terkenal dan tersebar namanya kerana ilmu dan kemuliaan yang dimilikinya. | UMUM | |
| DUYUNG | DUYUNG, kampung yang terletak di bahagian timur bandar Melaka. Kampung Duyung dianggap istimewa oleh penduduk Melaka kerana peristiwa dan kesan sejarah yang didakwa dimilikinya. Duyung juga dikaitkan dengan Sungai Duyung yang dianggap oleh Jabatan Perhilitan Negeri sebagai sungai berbahaya kerana dihuni oleh banyak buaya emas. Sungai inilah yang dikaitkan dengan kesejarahan Duyung. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
| PEMIMPIN WARITA | PEMIMPIN WARITA, akhbar Melayu bertulisan Jawi yang diterbitkan di Pulau Pinang pada penghujung abad ke-19. Akhbar yang dicetak secara cap batu (litograf) ini mula diterbitkan pada 4 November 1895. Harga langganannya ialah $4.00 setahun. Pada tahun 1897, harga akhbar ini diturunkan kepada $3.00 setahun. Akhbar ini diterbitkan oleh Khor Teow Han, yang menerbitkannya melalui percetakan Kim Saik Hean, yang dimilikinya sendiri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |