Tenis pelantar ialah permainan tenis yang berlainan dan diperkenalkan pada tahun 1928 di Amerika Syarikat. Pemain biasanya terdiri daripada dua pemain di setiap gelanggang servis dengan menggunakan bet untuk memukul semula bola melepasi jaring. Permainan ini dimainkan di luar bangunan di gelanggang yang ditinggikan dan dipagari dengan skrin dawai setinggi 3.7 meter. Bet yang digunakan lebih besar daripada bet ping pong dan terdapat lubang kecil pada permukaan bet tersebut. Bolanya diperbuat daripada span getah yang berwarna kuning. |