Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipamerkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POSTER

Poster ialah lembaran kertas atau kadbod bercetak

yang dipamerkan untuk tontonan umum. Kebanyakan

poster menyampaikan mesej ringkas yang

menggabungkan perkataan dengan ilustrasi. Poster

boleh digunakan untuk mengumumkan peristiwa

seperti drama, filem, atau pameran lukisan. Ia juga

boleh digunakan untuk mengiklan keluaran

perdagangan atau menyampaikan mesej politik.

UMUM 
ZOO

Zoo ialah tempat haiwan liar dijaga dan

dipamerkan. Kebanyakan zoo yang besar

mempamerkan mamalia, burung, reptilia, dan

amfibia dari serata dunia.

UMUM 
MUZIUM BRITISH

Muzium British, di London, adalah antara

muzium agung kebangsaan yang paling tua.

Koleksi yang dipamerkan adalah antara yang

terbaik di dunia. Muzium ini ditubuhkan pada

tahun 1753 melalui akta Parlimen selepas Sir Hans

Sloane, doktor British dan juga ahli botani

mewasiatkan kesemua koleksinya kepada negara.

Muzium ini dibuka pada 15 Januari 1759, di

Montagu House, West End; London. Pada tahun

1847, bangunan baru telah menggantikan

Montagu House dan penambahan koleksi telah

dilakukan semenjak tarikh tersebut. Muzium

British menarik lebih empat juta pengunjung

setiap tahun.

UMUM 
MONYET RHESUS

Monyet Rhesus ialah monyet yang terkenal

kerana ia berguna dalam penyelidikan perubatan

dan gelagat. Ia juga adalah satu daripada monyet

yang paling popular dipamerkan di zoo.

Penyelidikan tentang monyet Rhesus membawa

kepada penemuan faktor Rh, iaitu bahan dalam

sel darah merah kebanyakan manusia (lihat Faktor

Rh). Ahli sains menamakan bahan ini sempena

nama monyet ini.

UMUM 
SARGENT, JOHN SINGER

Sargent, John Singer (1856–1925), pelukis

Amerika yang membuat karya-karya utamanya di

Eropah. Dia menghabiskan sebahagian besar usia

dewasanya di England. Kini, hasil karyanya

dipamerkan di Tate Gallery, London, sebagai contoh

lukisan England pada akhir tahun 1800-an.

UMUM 
MERPATI PERANTAU

Merpati perantau ialah burung yang telah

pupus yang dahulunya banyak terdapat di timur

Amerika Utara. Merpati perantau yang terakhir

diketahui mati pada tahun 1914 di Taman Zoologi

Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat. Bangkainya kini

dipamerkan di National Museum of Natural History

(Muzium Sejarah Alam Semula Jadi Kebangsaan) di

Washington, D.C.

UMUM 
STRATTON, CHARLES SHERWOOD

Stratton, Charles Sherwood (1838–1883) ialah

orang kerdil Amerika yang menjadi sangat terkenal

melalui nama sarkasnya, Jeneral Tom Thumb.

Semasa muda, ketinggian Stratton hanyalah 64

sentimeter dan berat badannya 6.8 kilogram. Dia

begitu cerdik hinggakan ketika berumur enam tahun

dia dipamerkan oleh P.T. Barnum seolah-olah dia

seorang yang telah dewasa.

UMUM 
MUZIUM

Muzium ialah sebuah institusi yang

mempamerkan bahan seni dan bahan pendidikan

kepada orang ramai. Bahan yang tersedia untuk

kajian dan pemerhatian dikenali sebagai koleksi.

Koleksi terdiri daripada bahan spesimen saintifik,

hasil seni, dan pameran serta maklumat mengenai

sejarah atau teknologi. Muzium juga menyediakan

maklumat kepada penyelidik, pelajar, dan ahli

komuniti yang lain. Pegawai muzium menyediakan

bahan-bahan pameran dan menjaganya selepas

dipamerkan.

UMUM 
TIEPOLO, GIOVANNI BATTISTA

Tiepolo, Giovanni Battista (1696–1770) ialah

pelukis terkenal Itali yang terakhir daripada

kumpulan Venitian. Dia pada mulanya meminati

Paolo Veronese. Kemudian dia mencipta satu gaya

mural berwarna-warni yang hebat yang

kemudiannya amat digemari di Eropah pada tahun

1770-an. Banyak lukisan muralnya menggambarkan

peristiwa bersejarah dan alegori yang hebat. Ia

memaparkan watak aktif yang dilukis

menggunakan warna pastel yang ceria.

Tiepolo lahir di Venice, Itali. Selepas tahun 1750,

dia banyak berkarya di Jerman dan Sepanyol.

Karyanya termasuk hiasan untuk istana ketua

biskop di Würzburg, Jerman dan di Istana Diraja di

Madrid . Beberapa lukisan minyak kecil Tiepolo

untuk mural besarnya dipamerkan di Muzium Seni

Metropolitan, New York City.

Lihat juga Seni lukis (Hiasan).

UMUM 
THOMSON, TOM

Thomson, Tom (1877–1917) ialah pelukis

landskap Kanada. Thomson sering dikaitkan dan

dipengaruhi oleh J.E.H. MacDonald, A.Y. Jackson

dan pelukis Kanada yang lain yang menggelarkan

diri mereka “Kumpulan Tujuh” selepas tahun 1920.

Thomson tinggal di Algonquin Park, Ontario,

Kanada selama lapan bulan pada setiap tahun

untuk berkhidmat sebagai renjer dan pelukis. Pada

musim sejuk, Thomson tinggal di Toronto untuk

menyiapkan beberapa lukisan besar yang dilukis

berdasarkan lakaran. Lukisan-lukisan tersebut

menggambarkan keindahan dan kecantikan tanah

gersang Kanada yang mengagumkan. Lukisan

tersebut bercirikan warna-warna terang dan

pengolahan gaya bebas yang tidak ada tolok

banding. Northern Lake, hasil karya Thomson yang

pertama dipamerkan, telah dibeli oleh Galeri Seni

Kebangsaan di Ottawa. Thomson lahir berhampiran

Owen Sound, Ontario. Dia mati lemas di

Algonquin Park, Kanada pada tahun 1917.

Lihat juga Kanada (Seni [gambar])

UMUM 

Kembali ke atas