| SINAR KATOD | Sinar katod ialah nama sinaran tak boleh nampak yang dipancarkan dari elektrod negatif (katod) tiub Crookes (lihat Tiub Crookes). Sinar ini boleh dihasilkan dengan menyambungkan elektrod kepada sumber voltan tinggi tenaga elektrik. Sinar katod menyebabkan pendarfluor berwarna hijau kekuningan terbentuk apabila terkena salutan pada kaca tiub. Biasanya, salutan ini adalah zink sulfida. Bayang-bayang yang jelas terhasil dalam pendarfluor di hujung tiub apabila plat logam diletakkan dalam laluan sinar ini. Tiub sinar katod digunakan dalam peti televisyen, paparan radar dan banyak alat saintifik. | UMUM | |
| ANJAKAN MERAH | Anjakan merah ialah anjakan jarak gelombang cahaya yang dipancarkan oleh objek kosmos ke arah jarak gelombang yang lebih panjang (merah) pada spektrum objek tersebut. | UMUM | |
| PULSAR | Pulsar ialah objek di angkasa yang menghantar letusan sinaran elektromagnet secara tetap, terutamanya dalam bentuk gelombang radio. Pulsar mendapat namanya daripada dedenyut yang dipancarkan secara tetap ini. | UMUM | |
| MIOPIA | Miopia juga dikenali sebagai rabun jauh ialah kecacatan penglihatan yang menyebabkan penglihatan objek jauh yang kabur. Biasanya penglihatan objek dekat masih jelas, kecuali untuk kes-kes miopia yang keterlaluan. Bagi pembentukan imej, sinaran cahaya yang dipantulkan atau dipancarkan oleh sesuatu objek mesti bertemu di retina. Retina ialah tisu peka cahaya yang terdapat di belakang dan di sisi biji mata. Bagi kebanyakan orang yang miopia, biji mata lebih panjang daripada normal dari hadapan ke belakang. Akibatnya, sinaran cahaya dari objek yang jauh bertemu di depan retina. Apabila sinaran mengenai retina, imej yang terbentuk adalah kabur. | UMUM | |
| ARTROSKOPI | Artroskopi ialah teknik menggunakan artroskop untuk memeriksa sendi tubuh. Artroskop ialah alat yang lurus bak tiub dengan satu siri lensa dan berkas gentian optik. Diameternya dari dua hingga lima milimeter. Ia boleh dimasukkan ke dalam sendi melalui insisi kecil. Sendi diterangi oleh cahaya yang dipancarkan oleh gentian optik ke hujung artroskop. Dengan menggunakan artroskop, doktor boleh betul-betul memeriksa sendi seseorang pesakit dan melakukan operasi pembedahan tertentu. | UMUM | |
| DWIKROISME | Dwikroisme merupakan kesan optik yang didapati berlaku pada bahan hablur tertentu, dengan dua warna yang berbeza akan kelihatan apabila bahan hablur tersebut dipancarkan dengan cahaya terkutub. | FIZIK | Proses/Tindak Balas |