PERKEBUNAN PASARAN | Perkebunan pasaran ialah penanaman sayur- sayuran atau buah-buahan, atau kedua-duanya, untuk dipasarkan. Kebun pasaran biasanya terdiri daripada petak tanah yang besar, dengan kawasan yang diuntukkan untuk sayur-sayuran yang berbeza. Kebun pasaran membekalkan hasil yang segar kepada orang ramai yang tinggal di bandar besar di seluruh dunia. Pembaikan dalam pengangkutan dan penggunaan penyejukan bagi mengekalkan kesegaran sayur-sayuran dan buah-buahan, telah mengurangkan pergantungan penduduk bandar pada hasil tanaman tempatan. Banyak kebun pasaran moden merupakan perniagaan besar, yang membekalkan banyak kuantiti tanaman seperti salad atau tomato. | UMUM | |
AW BOON HAW | Aw Boon Haw (1893–1954), ahli perniagaan Cina, yang menjadi terkenal di Singapura sebagai Tiger Balm King , keluaran perubatan yang dipasarkan oleh keluarganya atas jenama “Tiger”. Taman Tiger Balm di Singapura dibina olehnya pada tahun 1937. | UMUM | |
NOBEL, ALFRED BERNHARD | Nobel, Alfred Bernhard (1833–1896), ahli kimia Sweden , yang mencipta dinamit dan mengasaskan Hadiah Nobel (lihat Hadiah Nobel ). Semasa mudanya, Nobel menjalankan eksperimen menggunakan nitrogliserin di kilang bapanya. Dia berharap untuk menjadikan bahan berbahaya ini sebagai bahan letupan yang selamat dan berguna. Nobel menyediakan bahan letupan nitrogliserin, tetapi banyak kemalangan berlaku apabila bahan ini dipasarkan yang menyebabkan Nobel menjadi musuh awam selama beberapa tahun lamanya. | UMUM | |
MAJUN | MAKJUN, sejenis makanan kesihatan tradisional orang Melayu. Makjun dimakan oleh kaum wanita dan juga orang lelaki. Makjun dikeluarkan secara komersial dan dipasarkan dengan pelbagai jenama, misalnya Makjun Pak Tani, Makjun Khorzani dan Makjun Purba. | BUDAYA | Ubat-Ubatan |
GETAH HUTAN | GETAH HUTAN, getah daripada tumbuh-tumbuhan liar di dalam hutan. Walaupun tidak mempunyai nilai komersil, getah hutan sangat berguna khususnya kepada masyarakat yang bergantung hidup pada sumber hutan. Mereka mengusahakan getah hutan untuk kegunaan sendiri dan hanya sebahagian kecil dipasarkan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |
BERITA HARIAN | BERITA HARIAN, akhbar harian berbahasa Melayu yang dicetak dan diterbitkan oleh The New Straits Times Press (M’sia) Bhd., Kuala Lumpur. Akhbar ini mula diterbitkan di Singapura oleh Straits Times pada hari Isnin 1 Jun 1957, tetapi sejak 24 Julai 1957 akhbar ini diterbitkan di Kuala Lumpur. Pengarangnya yang pertama ialah A. Samad Ismail. Akbhar ini pada mulanya mengandungi lapan halaman dan dipasarkan dengan harga 15 sen. | SASTERA | Kitab |