| RAMAYANA | Ramayana ialah salah satu daripada dua puisi epik yang teragung di India. Satu lagi ialah epik Mahabharata . Wira Ramayana ialah Rama, putera dan waris takhta seorang raja India (lihat Rama ). Rama lahir di negara Ayodhya (dahulunya Oudh, kini sebahagian daripada Uttar Pradesh). Visvamitra, guru Rama yang bijaksana telah mengajarnya prinsip yang harus dipatuhi untuk menjadi raja. | UMUM | |
| PUTERI GUNUNG LEDANG | PUTERI GUNUNG LEDANG, puteri legenda. Dia dipercayai berketurunan jin dan tinggal di puncak gunung Ledang, Johor. Kisah puteri ini telah menjadi legenda bagi masyarakat Melayu di Malaysia. Cerita tentangnya terdapat dalam bentuk lisan yang disampaikan di kalangan masyarakat setempat dalam bentuk tulisan seperti dalam Sejarah Melayu. Orang Melayu percaya puteri ini wujud, oleh itu pertuturan dan tingkah laku hendaklah dijaga jika mahu mendaki gunung tersebut. Jika tidak dipatuhi, dipercayai orang itu akan ditimpa sesuatu bencana. | BUDAYA | Konsep |