OLIGARKI | Oligarki adalah sebarang jenis kerajaan yang kuasanya dipegang oleh beberapa orang sahaja. Oligarki boleh didapati dalam beberapa bentuk. Sesebuah republik mungkin merupakan oligarki jika hanya segelintir orang yang mempunyai hak mengundi. Sesebuah aristokrasi, yang pemerintahnya datang daripada anggota komuniti yang “terbaik”, juga merupakan satu bentuk oligarki (lihat Aristokrasi). Dalam kebanyakan oligarki, kumpulan yang memerintah mempunyai kuasa melalui kekayaan atau kuasa tentera. | UMUM | |
STOK DAN SAHAM | Stok dan saham merupakan hak pemilikan di dalam syarikat liabiliti terhad. Setiap syarikat mempunyai satu stok yang dibahagi kepada beberapa saham. Saham mungkin dipegang oleh orang perseorangan atau syarikat lain. Pemegang saham melaburkan wang dalam sebuah syarikat dan mendapat sebahagian hak pemilikan syarikat dan berkongsi keuntungannya sebagai pulangan. Istilah stok juga digunakan untuk merujuk kepada perjanjian jangka panjang dalam membuat pinjaman kepada kerajaan atau sesuatu syarikat besar, yang tidak melibatkan hak milik. | UMUM | |
KINCIR AIR | Kincir air ialah pengisar (mesin pengisar) yang digerakkan oleh roda air. Manusia awal menggunakan batu yang dipegang dengan tangan untuk mengisar bijian. Bijian dihancurkan pada batu leper yang lebih besar. | UMUM | |
PUTERI JAMILAN | PUTERI JAMILAN, gelaran yang dipusakai turun-temurun dan dipegang oleh bonda permaisuri Pagarruyung dan Suruasso di Minangkabau, Sumatera, Indonesia. Melalui gelaran Puteri Jamilan inilah kedua-dua takhta kerajaan ini disahkan. Gelaran Puteri Jamilan diwariskan daripada emak kepada anak perempuan yang sulung. Berdasarkan sumber dari Eropah pada abad ke-17 dan ke-18, gelaran Puteri Jamilan menyamai gelaran “Bundo Kanduang’ (bonda kandung) dalam cerita Minangkabau yang terkenal iaitu Kaba Cindo Mato. Kedua-duanya adalah bonda kepada raja Pararruyung dan status mereka adalah lebih tinggi daripada anak lelaki mereka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
OAKLEY, ANNIE | Oakley, Annie (1860–1926) ialah penembak tepat Amerika yang terkenal (pakar menggunakan senapang) yang membintangi pertunjukan Buffalo Bill’s Wild West selama lebih 16 tahun. Dia dibantu oleh suaminya, Frank Butler, dan lakonannya termasuk menembak duit syiling yang dipegang oleh suaminya atau menembak rokok di mulut suaminya. Oakley juga boleh menembak kad yang dilontarkan ke udara dari sejauh 25 meter. | UMUM | |
PRASANGKA | Prasangka ialah pendapat yang terbentuk tanpa mengambil waktu dan usaha untuk membuat pertimbangan dengan adil. Pendapat seperti itu mungkin baik atau tidak baik dan dibuat tanpa mempedulikan bukti yang tersedia. Dalam rencana ini, prasangka bererti pendapat tidak baik yang dipegang dengan cara ini tentang anggota-anggota suatu kumpulan sosial tertentu. Orang yang berprasangka cenderung memutarbelitkan, menyelewengkan, serta menyalahertikan ataupun mengabaikan fakta yang bertentangan dengan pendapat yang telah ditentukannya terlebih dahulu. Umpamanya, orang yang berprasangka mungkin percaya bahawa semua individu dalam suatu kumpulan umur, bangsa, kumpulan etnik, agama, seks atau wilayah sesebuah negeri itu pemalas, kejam, bodoh, tak stabil emosinya, ataupun tamak. | UMUM | |
KEPERCAYAAN | KEPERCAYAAN, suatu tanggapan tentang alam nyata dan alam ghaib yang dipegang oleh orang Melayu. | BUDAYA | Konsep |
SKROL | Skrol ialah segulung kertas, kertas kulit, atau bahan lain yang digunakan untuk ditulis di atasnya. Kebanyakan skrol digulung pada gangsa, gading, atau kayu. Ada kalanya penggulung ini dihiasi di kedua-dua hujungnya dengan tombol kecil atau hiasan lain. Tombol melindungi skrol dan memudahkannya dipegang. Skrol biasanya ditutup pada kedua-dua hujung, dan apabila ia digunakan gulungnya dibuka daripada satu rod dan digulungkan pada rod yang satu lagi. | UMUM | |
REUTERS | Reuters ialah salah satu daripada agensi pengumpulan berita yang terbesar di dunia. Ia memberi khidmat kepada lebih daripada 150 buah negara dan mempunyai biro dalam kira-kira 100 buah negara. Reuters juga menyediakan maklumat kewangan kepada bank, broker dan syarikatsyarikat korporat. Kepentingan mengawal dalam perkhidmatan berita ini dipegang oleh akhbar dari beberapa buah negara, termasuk Great Britain, Ireland, Australia dan New Zealand. | UMUM | |
MILOSEVIC, SLOBODAN | Milosevic, Slobodan (1941– ), menjadi Presiden Serbia, salah sebuah republik yang membentuk Yugoslavia pada tahun 1989. Dia telah dilantik semula pada tahun 1990 dan tahun 1992. Milosevic menjadi terkenal kerana semangat kebangsaannya yang melampau. Pada tahun 1990, dia telah menghapuskan kuasa pemerintahan sendiri yang dipegang oleh orang-orang Serbia di wilayah Kosovo dan Vojvodina. | UMUM | |