Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipelajari


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MEMORI

Memori ialah kebolehan untuk mengingat

sesuatu yang sudah dipelajari atau yang pernah

dialami. Memori merupakan bahagian penting

dalam proses pembelajaran. Jika kita tidak

mengingati langsung tentang masa lampau, maka

kita tidak akan dapat mempelajari sesuatu yang

baru. Semua pengalaman kita akan hilang sebaik

sahaja pengalaman tersebut berakhir dan setiap

keadaan baru betul-betul merupakan suatu perkara

yang asing. Tanpa memori kita akan mengalami

pengalaman yang sama berulang kali untuk

“pertama kalinya”. Kita juga akan kehilangan

nikmat yang diberikan oleh memori kepada

kehidupan – nikmat kenangan yang indah di

samping kenangan yang menyedihkan.

UMUM 
NALURI

Naluri adalah tingkah laku yang diwarisi dan

bukannya dipelajari. Kita boleh menyatakan

bahawa seseorang yang suka melawan mempunyai

naluri yang agresif. Tetapi orang itu tidak

dilahirkan dengan keinginan untuk melawan dan,

latar belakang rumah dan sekolah yang berlainan

tidak mungkin membina kelakuan tersebut. Ahli

sains menggunakan istilah naluri dan tingkah laku

naluri hanya untuk aktiviti yang tidak melibatkan

pengalaman dan pembelajaran. Untuk dapat

disifatkan sebagai naluri sebenarnya, sifat tingkah

laku mestilah hampir serupa bagi kedua-dua

jantina dalam spesies haiwan berkenaan.

UMUM 
ANTROPOLOGI

Antropologi ialah kajian saintifik tentang

kemanusiaan dan kebudayaan manusia. Ahli

antropologi menyelidik strategi kehidupan yang

dipelajari dan dikongsi bersama oleh manusia

sebagai anggota kumpulan sosial. Ahli sains ini

mengamati ciri-ciri yang dikongsi bersama oleh

manusia sebagai anggota spesies yang sama dan

perbezaan cara hidup manusia dalam persekitaran

yang berbeza. Mereka turut menganalisis produk

kumpulan sosial – sama ada objek berbentuk

kebendaan ataupun ciptaan bukan berbentuk

kebendaan, seperti kepercayaan dan nilai.

UMUM 
SYDENHAM, THOMAS

Sydenham, Thomas (1624–1689), salah seorang

doktor Inggeris yang paling dikagumi pada

zamannya. Dia berpendapat bahawa perubatan

hendaklah dipelajari melalui pengalaman di katil

pesakit dan amalan perubatan hendaklah

didasarkan pada pemerhatian, bukannya dengan

membaca buku atau menggunakan teori. Dia

merupakan pemerhati yang tajam dan memberikan

huraian yang sangat baik tentang gout, demam

skarlet, campak dan influenza.

UMUM 
MUZIK POPULAR

Muzik popular ialah muzik yang mendapat

tempat di hati orang ramai iaitu muzik yang

dinikmati oleh sebilangan besar penduduk. Istilah

ini sering digunakan untuk membezakannya

daripada muzik klasik. Muzik klasik adalah satu

bentuk seni yang dipelajari, dan ciptaan yang

agak rumit dipersembahkan oleh pemain

instrumental solo, kuartet bertali, orkestra

simfoni, dan sebagainya. Sesetengah orang

merasakan bahawa muzik popular mudah dan

menghiburkan sementara muzik klasik pula

serius, begitu halus, atau sukar dinikmati. Walau

bagaimanapun lagu popular seperti “Eleanor

Rigby” oleh John Lennon dan Paul McCartney,

adalah serius dan agak rumit, dan banyak karya

klasik seperti Eine Kleine Nachtmusik karya

Mozart, simfoni-simfoni Tchaikovsky, atau Bolero

karya Ravel dikenali dan digemari oleh berjuta-juta

pendengar. Malah sesetengah muzik klasik

seperti beberapa karya piano Chopin telah

diadaptasikan sebagai lagu popular.

UMUM 
TABIAT

Tabiat ialah perkara yang dilakukan oleh

seseorang berulang-ulang kali tanpa perlu berfikir

bagaimana untuk melakukannya. Pelbagai perbuatan

yang dilakukan setiap hari merupakan tabiat.

Bayangkan betapa sukarnya untuk mengikat tali

kasut anda sekiranya anda perlu memikirkan setiap

tindakan yang diperlukan untuk mengikat tali kasut.

Tabiat berbeza dengan naluri . Naluri ialah tingkah

laku yang semula jadi, bukannya perkara yang

dipelajari (lihat Naluri ).

UMUM 

Kembali ke atas