| TOPOGRAFI KARS | Bentuk muka bumi di kawasan batu gamping, ciri-ciri dipengaruhi oleh kelarutan batuan dalam air. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
| THOMSON, TOM | Thomson, Tom (1877–1917) ialah pelukis landskap Kanada. Thomson sering dikaitkan dan dipengaruhi oleh J.E.H. MacDonald, A.Y. Jackson dan pelukis Kanada yang lain yang menggelarkan diri mereka “Kumpulan Tujuh” selepas tahun 1920. Thomson tinggal di Algonquin Park, Ontario, Kanada selama lapan bulan pada setiap tahun untuk berkhidmat sebagai renjer dan pelukis. Pada musim sejuk, Thomson tinggal di Toronto untuk menyiapkan beberapa lukisan besar yang dilukis berdasarkan lakaran. Lukisan-lukisan tersebut menggambarkan keindahan dan kecantikan tanah gersang Kanada yang mengagumkan. Lukisan tersebut bercirikan warna-warna terang dan pengolahan gaya bebas yang tidak ada tolok banding. Northern Lake, hasil karya Thomson yang pertama dipamerkan, telah dibeli oleh Galeri Seni Kebangsaan di Ottawa. Thomson lahir berhampiran Owen Sound, Ontario. Dia mati lemas di Algonquin Park, Kanada pada tahun 1917. Lihat juga Kanada (Seni [gambar]) | UMUM | |
| SEMANGAT | Semangat merupakan sikap atau pandangan umum seseorang individu atau sesuatu kumpulan terhadap situasi tertentu. Ia mempengaruhi dan dipengaruhi oleh faktor seperti sikap optimistik, keyakinan, dan keazaman. Semangat boleh mempengaruhi kesejahteraan dan prestasi, dan berkaitan rapat dengan apa yang dikenali sebagai semangat kekitaan . Apabila semangat ‘tinggi’, rasa keyakinan seseorang individu atau kumpulan biasanya bagus, dan menghasilkan prestasi tinggi. Apabila semangat ‘rendah’, prestasi biasanya turut rendah. | UMUM | |
| DEWEY, JOHN | Dewey, John (1859–1952) ialah ahli falsafah dan pendidik Amerika. Dia salah seorang ahli falsafah pertama yang dipengaruhi oleh psikologi dan teori evolusi yang diutarakan oleh ahli alamiah Inggeris, Charles Darwin. | UMUM | |
| SEMANTIK | Semantik , dalam logik, ialah kajian tentang tanda dan simbol, termasuk perkataan, yang dikatakan bermakna. Ia juga adalah kajian mengenai bagaimana kelakuan manusia dipengaruhi oleh kata-kata, sama ada dituturkan oleh orang lain atau kepada diri sendiri dalam fikiran sendiri. Dalam filologi, iaitu kajian saintifik mengenai bahasa, semantik digunakan untuk dimaksudkan kajian sejarah mengenai perubahan makna perkataan. | UMUM | |
| SCHOPENHAUER, ARTHUR | Schopenhauer, Arthur (1788–1860) ialah ahli falsafah Jerman yang terkenal kerana pandangannya yang pesimistik dan gaya prosanya yang halus. Schopenhauer kuat dipengaruhi oleh ahli falsafah Jerman, Immanuel Kant. Bertolak daripada hujah Kant, Schopenhauer menegaskan bahawa dunia yang kita alami melalui pancaindera kita adalah perlambangan semata-mata. Yang dimaksudkannya ialah dunia yang kita alami bukan dunia yang benarnya, sebaliknya kita seolah-olah memaparkan dunia ini kepada diri kita sendiri. Semasa menggambarkan dunia ini kepada diri kita, kita mengubahnya. | UMUM | |
| SPENCER, HERBERT | Spencer, Herbert (1820–1903) ialah ahli falsafah British. Dia berusaha untuk menghasilkan falsafah yang lengkap berdasarkan penemuan saintifik pada zamannya. Spencer banyak dipengaruhi oleh Charles Darwin, ahli alamiah Inggeris. Dia menggunakan hukum fahaman asasinya dan hukum fahaman Charles Darwin – idea evolusi (perkembangan secara beransur-ansur) dalam bidang biologi, psikologi, sosiologi, dan lain-lain. Hasil karyanya yang utama termasuk First Principles (1862) dan Principles of Ethics (1879–1893). | UMUM | |
| PEMINJAMAN BAHASA EROPAH | PEMINJAMAN BAHASA EROPAH, proses peminjaman dalam bahasa Melayu. Hubungan rapat antara Nusantara dengan Eropah dari segi ekonomi berlaku semenjak 2000 tahun dahulu. Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa dalam sistem ekonomi itu dipengaruhi dan mempengaruhi bahasa lain. Sesungguhnya, kata-kata Eropah sudah lama diserapkan ke dalam bahasa Melayu melalui bahasa lain, terutamanya melalui bahasa Arab. Misalnya, perkataan ‘falsafah’ yang dipinjam daripada bahasa Arab sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani. Begitu juga beberapa nama tempat dan orang yang terdapat dalam Sejarah Melayu , umpamanya Rom, Makaduniah dan Iskandar, berasal daripada bahasa Yunani.
| BAHASA | Konsep |
| RACHMANINOFF, SERGEI VASSILIEVICH | Rachmaninoff, Sergei Vassilievich (1873– 1943) ialah penggubah dan pengarah muzik Rusia dan salah seorang pemain piano yang teragung dalam sejarah muzik. Gubahan Rachmaninoff secara amnya membawa gaya romantik penggubah Rusia, Peter Illich Tchaikovsky pada awal tahun 1900-an. Malahan karya-karyanya yang terakhir pada tahun 1930-an masih tidak dipengaruhi oleh aliran moden. Muziknya dipengaruhi oleh canta dan alat muzik loceng Gereja Ortodoks Rusia. Pengaruh ini lahir melalui muzik Rachmaninoff yang bermelodi ringkas dengan bunyi papan nada yang penuh. Dia mengadun ciri-ciri asli Rusia ini dengan ekspresinya sendiri yang ghairah dan amat mendalam. | UMUM | |
| RASA | Rasa ialah deria yang penting pada manusia dan banyak haiwan. Rasa makanan membantu menentukan apa dan berapa banyak yang kita makan. Kita boleh menolak makanan yang rasanya tidak disukai dan akibatnya diet kita mungkin tidak seimbang. Deria rasa kita dipengaruhi oleh bau benda. Apabila kita mendapat selesema dan hidung kita tersumbat, sesetengah makanan mungkin sama rasanya (lihat Bau ). Makanan hendaklah lembap untuk dirasa. Jika lidah dan makanan adalah kering, makanan tidak mempunyai rasa. | UMUM | |