PERPUSTAKAAN BERGERAK | Perpustakaan bergerak ialah kenderaan bergerak seperti bas atau van yang dipenuhi rak yang disusun dengan buku-buku atau bahan-bahan lain. Ia digunakan sebagai perpustakaan yang memberi pinjaman buku kepada masyarakat tempatan. Perpustakaan awam lazimnya menggunakan perpustakaan bergerak sebagai satu cara untuk meluaskan perkhidmatannya. | UMUM | |
PELAKSANAAN SPESIFIK | Salah satu remedi bagi perlanggaran kontrak yang bertujuan mendesak agar kewajipan sesuatu kontrak dipenuhi. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
TASIK GEORGE | Tasik George, terletak di New South Wales, Australia iaitu 32 kilometer di timur laut Canberra. Tasik ini terletak kira-kira 600 meter di atas aras laut. Apabila tasik tersebut dipenuhi air, panjangnya kira-kira 25 kilometer dan lebarnya 10 kilometer dan meliputi suatu kawasan yang seluas 96 kilometer persegi. Tasik tersebut menjadi kering dari semasa ke semasa. Ketika paras hujan tinggi dan penyejatan rendah, Tasik George dipenuhi ikan dan boleh digunakan untuk perlumbaan bot. Pada ketika lain, tebingnya merupakan dataran berumput yang boleh dibajak untuk bercucuk tanam. Untuk lokasinya, lihat New South Wales (peta). | UMUM | |
MERAH MUKA | Merah muka mengakibatkan muka dan leher menjadi merah dan panas. Keadaan ini berlaku apabila kapilari, pembuluh darah halus dalam kulit, dipenuhi darah secara tiba-tiba. | UMUM | |
PINTUBIS | Pintubis juga dieja sebagai Bindubis , ialah Orang Asli yang tinggal di Gurun Great Sandy, di Australia Barat. Gurun itu sangat panas, kering dan dipenuhi pasir gumuk yang berwarna merah. | UMUM | |
ESKROW | Eskrow ialah wang tunai, dokumen, atau harta benda lain yang diserahkan kepada seseorang untuk diserahkan kepada seseorang lain apabila syarat tertentu telah dipenuhi. Pemegang harta ini digelar sebagai wakil eskrow atau pemegang eskrow. | UMUM | |
OSTEOPOROSIS | Osteoporosis ialah kehilangan tisu tulang. Tulang yang normal terdiri daripada siri plat nipis, bersilang yang dikelilingi oleh cangkerang yang tebal. Dalam osteoporosis, plat ini dipenuhi dengan lubang — atau mungkin hilang keseluruhannya. Cangkerang juga sering menjadi semakin nipis. Tulang menjadi amat rapuh, dan boleh retak sekalipun akibat kecederaan kecil. Walaupun osteoporosis mengambil masa bertahun-tahun untuk terjadi, biasanya tiada amaran tentang kewujudannya sehinggalah berlaku kecederaan. | UMUM | |
LILAC | Lilac ialah pokok renek yang cantik yang disukai di seluruh dunia kerana bunganya wangi. Lilac biasa dari tenggara Eropah tumbuh setinggi enam meter dan mempunyai dahan yang merimbun dipenuhi bunga. Daunnya yang hijau lebih kurang 13 sentimeter panjangnya. Bunganya yang putih atau ungu tumbuh bergugus yang mungkin sepanjang 25 sentimeter. | UMUM | |
SHAH JAHAN | Shah Jahan (1592–1666) ialah pemerintah kelima empayar Mughal di India. Baginda menjadi pemerintah pada tahun 1627. Ketika pemerintahannya, rakyat Mughal berada dalam zaman keemasan, dengan bilik kebal yang dipenuhi harta dan gaya seni bina yang indah dan mengagumkan. Shah Jahan paling diingati kerana Taj Mahalnya yang amat sempurna, iaitu makam marmar putih yang amat besar yang dibina untuk permaisurinya di Agra, India (lihat Taj Mahal ). Baginda juga telah membina sebuah istana yang amat hebat dan luar biasa di Delhi. Istana ini berserta dengan bangunan lain masih lagi kekal sebagai contoh keagungan empayar Mughal. Dinasti itu mulai mengalami kemerosotan kerana terlalu banyak wang telah dihabiskan untuk kemewahan dan terlalu banyak tenaga yang telah disia-siakan dalam peperangan. Pemerintahan Shah Jahan sentiasa menghadapi masalah, dan seorang daripada puteranya telah merampas takhta daripadanya. | UMUM | |
PIED PIPER OF HAMELIN | Pied Piper of Hamelin ialah satu watak mitos yang telah dimasyhurkan oleh Robert Browning dalam sebuah puisi yang berasaskan satu legenda. Menurut legenda tersebut, bandar Hamelin (kini Hameln ) di Jerman telah dipenuhi dengan tikus. | UMUM | |