Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diperbaik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SANDRINGHAM

Sandringham ialah estet luar bandar yang

digunakan oleh keluarga diraja British. Letaknya

di Norfolk, lebih kurang 11 kilometer di timur laut

King’s Lynn. Estet ini diperoleh untuk Edward VII,

yang pada waktu itu menjadi Putera Wales, pada

tahun 1861. Rumah Sandringham siap dibina

pada tahun 1870. Tamannya dimajukan dan

diperbaik oleh George V dan Ratu Mary. Estet ini

boleh dikunjungi oleh orang ramai sekiranya

keluarga diraja tidak berada di sana.

UMUM 
NEWCOMEN, THOMAS

Newcomen, Thomas (1663–1729) ialah pereka

Inggeris, yang mencipta enjin stim yang pertama

secara komersial dengan jayanya pada tahun 1712.

Enjin stimnya digunakan dengan meluas di Eropah

dan di seluruh wilayah perlombongan batu arang

Great Britain untuk mengeluarkan air dari

lombong. Enjin stim ini terus popular selama lebih

daripada 60 tahun sehingga jurutera Scotland,

James Watt menghasilkan enjin stim yang telah

banyak diperbaik.

UMUM 
SENJATA API GATLING

Senjata api Gatling merupakan mesingan

tembakan laju praktikal yang pertama dicipta. Ia

dicipta oleh Richard Jordan Gatling (1818–1903)

seorang pencipta Amerika Syarikat dalam bidang

peralatan pertanian. Gatling memperoleh paten

senjata api ini pada tahun 1862 bagi kegunaan

semasa Perang Saudara Amerika (1861–1865). Ia

mengandungi sepuluh laras yang berputar

dengan pantas di sekeliling aci pusat dengan

menggunakan engkol kendalian tangan. Setiap

lawas dapat diisi melalui graviti, tembakan dan

berputar untuk memberi laluan kepada laras

berikutnya. Model senjata api yang diperbaik

menjadi peralatan piawai bagi Tentera dan

Tentera Laut Amerika Syarikat semasa Perang

Sepanyol-Amerika pada tahun 1898. Senjata api

Gatling moden adalah peralatan piawai dalam

angkatan tentera banyak negara. Lihat Mesingan.

UMUM 
SAMPUL SURAT

Sampul surat ialah lipatan kertas yang digam. Ia

berfungsi sebagai sampul untuk mengisi surat dan

kertas lain yang ingin dipos, atau ia juga bertindak

sebagai pelindung daripada kehilangan atau

kerosakan. Sampul surat diperbuat daripada helaian

kertas tunggal yang dilipat, oleh itu hanya satu

sahaja penutup yang terbuka. Penutup ini digam

supaya sampul surat boleh ditutup setelah surat

atau kertas dimasukkan. Sampul surat yang

berperekat sendiri menggunakan gam yang tidak

perlu lagi dilembapkan untuk dilekatkan.

Mesin yang pertama berjaya membuat sampul

surat telah dipatenkan pada tahun 1849 oleh J.K. Park

dan C.S. Watsen dari New York City. Pada tahun 1898,

John Ames Sherman telah mematenkan mesin

pencetak sampul surat yang telah banyak diperbaik,

mengurangkan kos membuat sampul surat bergam.

UMUM 

Kembali ke atas