| DIRI | Diri, dalam tatabahasa, ialah ciri bahasa yang menunjukkan perbezaan antara penutur, pendengar dan seseorang atau sesuatu yang diperkatakan. Jika sesuatu kata adalah bagi penutur, ia ialah diri pertama. Jika kata itu bagi pendengar, ia ialah diri kedua. Jika kata itu bagi orang atau benda lain, ia ialah diri ketiga. | UMUM | |
| RESENSI BUKU | Resensi buku ialah rencana yang diterbitkan dalam surat khabar atau majalah berkala yang mengumumkan penerbitan buku baru, menerangkan isi buku itu, dan menilainya. Nilai resensi buku bergantung kepada pengetahuan dan kemampuan orang yang membuat resensi dan juga keadilannya dalam membuat penilaian terhadap buku tersebut. Oleh sebab itu, pembuat resensi harus mempunyai pengetahuan yang luas tentang subjek buku yang diperkatakan itu, kebolehan menganalisis karya, dan standard kritikan yang tinggi. (Lihat Kritikan ). | UMUM | |
| EPIK WARISAN ISLAM | EPIK WARISAN ISLAM, kesusateraan dalam bentuk cerita yang mengemukakan tentang tokoh Islam atau tokoh yang dikatakan telah terlibat dalam perjuangan penyebaran Islam. Tokoh yang diperkatakan dalam hikayat ini mungkin merupakan orang yang pernah hidup dan mengenali Nabi Muhammad s.a.w atau watak yang direka berdasarkan sesuatu tokoh yang pernah wujud. Biasanya, ketokohan yang digambarkan dalam hikayat ini jauh berbeza dnegan tokoh sebenar. | SASTERA | Penerbitan |