UDARA LEBIHAN | Udara tambahan yang diperlukan dalam sesuatu proses pembakaran. Udara lebihan dikenali juga sebagai udara lebihan pembakaran atau udara tambahan pembakaran. Ia diperlukan bagi memastikan pembakaran sesuatu bahan api itu dapat berlaku dengan lengkap. Dengan adanya udara lebihan, jumlah haba yang maksimum diperoleh daripada sesuatu pembakaran bahan api....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
PROTEIN | Protein adalah satu daripada tiga kelas utama makanan yang diperlukan oleh badan. Yang lain adalah karbohidrat dan lemak. Protein wujud dalam setiap sel dan diperlukan oleh hidupan tumbuhan dan haiwan. Tumbuh-tumbuhan membina protein daripada bahan dalam udara dan tanah. Manusia dan haiwan memperoleh protein daripada makanan yang dimakannya. Makanan yang tinggi kandungan proteinnya termasuk keju, telur, ikan, daging dan susu. | UMUM | |
NEWTON | Newton unit dalam sistem metrik yang digunakan untuk mengukur tenaga. Simbolnya N. Satu newton ialah tenaga yang diperlukan untuk meningkatkan atau mengurangkan halaju satu kilogram objek kali satu meter sesaat setiap saat. Jumlah newton yang diperlukan untuk memecutkan objek dapat dikira dengan menggunakan formula F = ma. Jisim ( m ) suatu objek dalam kilogram didarab dengan gerakan ( a ) dalam meter sesaat persegi untuk menentukan tenaga ( F ). Unit newton diberi nama bersempena dengan nama ahli sains Inggeris Sir Isaac Newton. Lihat juga Pascal. | UMUM | |
DAYA ELEKTROMOTIF | Daya elektromotif ialah ukuran jumlah kerja yang diperlukan untuk membawa satu unit cas elektrik melalui litar. Ia diringkaskan sebagai emf atau E. | UMUM | |
UDARA PEMBAKARAN | Udara yang digunakan dalam proses pembakaran. Udara mengandungi satu kmol oksigen dan 3.76 kmol nitrogen. Oksigen merupakan komponen penting dalam proses pembakaran bahan api. Kuantiti udara yang diperlukan hanya mencukupi untuk proses pembakaran sesuatu bahan api dinamai udara teori atau udara stoikiometri. Ia dikira berdasarkan persamaan kimia tindak balas yang terlibat dalam proses pembakaran. Secara praktik, proses pembakaran lengkap sukar dicapai dengan hanya menggunakan udara teori. Oleh itu, udara yang diperlukan biasanya melebihi jumlah udara ...Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
KARBOHIDRAT | Karbohidrat ialah satu daripada tiga kelas makanan utama yang diperlukan oleh tubuh. Dua lagi kelas makanan yang utama ialah lemak dan protein. | UMUM | |
METABOLISME | Metabolisme ialah jumlah proses kimia yang membolehkan sel menghasilkan bahan dan tenaga yang diperlukan untuk hidup. Metabolisme mempunyai dua fasa: (1) anabolisme atau metabolisme membina, iaitu sel menggabungkan molekul untuk membentuk bahan organik baru, dan (2) katabolisme atau metabolisme memusnah, iaitu sel menguraikan molekul untuk mendapatkan tenaga dan membebaskan haba. Semua organisma melakukan kedua-dua fasa ini secara tetap. Rencana ini secara khusus membincangkan metabolisme manusia, tetapi, proses yang serupa berlaku pada haiwan peringkat tinggi. | UMUM | |
KOS SARA HIDUP | Kos sara hidup ialah jumlah wang yang diperlukan untuk membeli sejumlah barangan pengguna dan perkhidmatan yang piawai. | UMUM | |
UJIAN HIDROSTATIK | Kaedah ujian yang perlu dilakukan terhadap bekas bertekanan dan talian paip bagi memastikannya bebas daripada sebarang kebocoran. Ujian hidrostatik selalunya diperlukan jika talian paip atau bekas bertekanan beroperasi pada tekanan yang setara atau melebihi 30 peratus daripada Tegasan Hoop. Ujian hidrostatik juga digunakan untuk menentukan tahap kekuatan bekas bertekanan dan talian paip. Ujian hidrostatik dilakukan selepas selesai operasi pemasangan. Ia dilakukan dengan memasukkan medium ujian ke dalam paip atau bekas bertekanan dan diberikan ...rujuk ensiklopedia sains dan teknologi | KEJURUTERAAN | Kaedah |
MAHOGANI | Mahogani sering dikenali sebagai kayu kabinet yang terbaik di dunia kerana ia mempunyai kebanyakan sifat yang diperlukan untuk membuat perabot. Kayu ini kuat, cukup keras, dan tahan sebagai perabot, tetapi cukup mudah untuk digergaji atau diketam, dan diukir. Mahogani tidak mengecut, mengembang, atau meleding seperti kebanyakan kayu lain yang sama kerasnya. Kayunya mempunyai warna dan ira yang menarik, dan berkilat. | UMUM | |