Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipersembahkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MASQUE

Masque ialah suatu bentuk pementasan yang

beradun dan berhias, yang dipersembahkan di

istana raja-raja Eropah.

UMUM 
PRASEMBAH

Prasembah ialah muzik yang dimainkan sebagai

pembuka kepada muzik lain, ataupun

dipersembahkan sebelum sesuatu lakonan atau

opera dimulakan.

UMUM 
ORATORIO

Oratorio ialah gubahan muzik dramatik untuk

penyanyi. Kebanyakan oratorio adalah berdasarkan

cerita keagamaan. Ia dipersembahkan oleh

penyanyi solo, korus dan satu orkestra tanpa

sebarang lakonan, kostum atau latar belakang

pentas. Penyanyi solo menggambarkan pelbagai

watak dalam cerita, tetapi korus menonjolkan

peranan utama. Walaupun tidak terdapat lakonan

atau latar belakang, kesan teater seperti api dan

ribut boleh dilakukan oleh penyanyi dan orkestra.

Kebanyakan oratorio mempunyai seorang

pencerita yang memperkenalkan penyanyi solo

dan memberi maklumat lanjut tentang cerita.

UMUM 
REGGAE

Reggae ialah sejenis muzik popular yang

dikembangkan di Jamaica pada tahun 1960-an. Pada

mulanya, reggae dipersembahkan khusus untuk

rakyat Jamaica yang miskin. Kemudiannya Reggae

menjadi popular di seluruh Jamaica dan England

serta Amerika Syarikat. Reggae mempengaruhi jiwa

irama blues dan muzik rock.

UMUM 
ANTILL, JOHN

Antill, John (1904–1986), penggubah Australia

yang terkenal kerana suit baletnya Corroboree ,

yang dipersembahkan buat pertama kalinya pada

tahun 1946. Dia mendasarkan gubahan pada nada

yang didengarnya semasa Orang Asli Australia

bernyanyi di kawasan petempatan La Perouse, di

Sydney. Dia belajar menggubah lagu, di New

South Wales State Conservatorium of Music dan

menyertai kakitangan muzik Australia Broadcasting

Commission pada tahun 1934. Antill turut

menggubah beberapa lagu balet yang lain dan

kerja-kerja orkestra, teater dan muzik filem. Dia

lahir di Sydney.

UMUM 
TARANTELLA

Tarantella ialah tarian rakyat yang popular,

berasal dari selatan Itali. Tarantella ialah tarian yang

rancak dan bertenaga yang dipersembahkan

dengan kepantasan enam per lapan kali masa

sebenar. Tarian ini biasanya ditarikan secara

berpasangan dan sering diiringi muzik yang

menggunakan alat kastanet dan tamburin.

UMUM 
MUSSET, ALFRED DE

Musset, Alfred de (1810–1857) ialah dramatis dan

pemuisi Perancis. Kebanyakan dramanya ditulis

untuk dibaca dan bukan untuk dipersembahkan di

pentas. Musset paling dikenal kerana siri komedinya

yang bersopan santun. Karya-karyanya secara

kolektif dikenal sebagai Comédies et Proverbes.

Melalui gaya puitis dan lucu dia menggambarkan

fahamannya yang mendalam tentang tingkah laku

manusia. Dramanya memperkatakan penderitaan

cinta dan konflik yang abadi antara kesucian dengan

sindiran tajam. Karya Musset, Lorenzaccio (1834),

merupakan drama sejarah yang latarnya di Florence,

Itali. Ia dipentaskan buat pertama kali pada tahun

1896.

UMUM 
MUZIK RAP

Muzik rap ialah suatu bentuk muzik popular

yang pada umumnya ditutur atau diratibkan

berulang-ulang dengan rentak yang cepat,

berbanding nyanyian. Rap dipersembahkan

dengan iringan muzik yang menekankan ritma

daripada melodinya. Sering kali iringan muzik ini

terdiri daripada segmen-segmen pendek daripada

muzik yang dirakamkan dahulu dan digabungkan

dengan corak-corak baru.

UMUM 
ZIEGFELD, FLORENZ

Ziegfeld, Florenz (1869–1932) ialah penerbit

teater Amerika. Dia menjadi terkenal kerana siri

persembahan muzik yang dikenali sebagai

Ziegfeld Follies. Ia dipersembahkan oleh Ziegfeld

setiap tahun, iaitu dari tahun 1907 hingga tahun

1927.

UMUM 
ODETS, CLIFFORD

Odets, Clifford (1906 – 1963) ialah dramatis Amerika

yang terkenal kerana dramanya tentang konflik sosial

yang ditulisnya pada tahun 1930-an. Hasil kerjanya

yang paling berjaya telah dipersembahkan oleh

kumpulan terkenal iaitu Group Theatre .

UMUM 
1234

Kembali ke atas