DERMACIPTA DEWAN | DERMACIPTA DEWAN, bantuan kewangan yang diberikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk menggalakkan penciptaan karya asli dalam bahasa Melayu. Dermacipta Dewan ini diwujudkan pada 6 Disember 1980, untuk membolehkan para penulis, ilmuwan, budayawan, sasterawan, dan golongan profesional menghasilkan karya asli dalam bentuk buku, terutamanya karya ilmu pengetahuan yang dapat memberikan sumbangan besar kepada pemikiran masyarakat umum. Karya kreatif yang tinggi mutunya, dan memerlukan bantuan kewangan untuk membuat penyelidikan juga dipertimbangkan. | SASTERA | Anugerah/Hadiah |