SAKARAN DANDAI, TUN | Sakaran Dandai, Tun (1930– ) ialah Yang Dipertua Negeri Sabah yang kelapan (1995-2002). Sebelum menjadi Yang Dipertua Negeri Sabah, dia berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sabah selama sembilan bulan selepas Barisan Nasional (BN) membentuk Kerajaan Campuran di Sabah pada bulan Mac 1994. Pada bulan Januari 1995, dia digantikan oleh Datuk Salleh Tun Mohd Said sebagai Ketua Menteri Sabah. | UMUM | |
MOHAMMAD ADNAN ROBERT, TUN | Mohammad Adnan Robert, Tun (1917– 2003) ialah Yang Dipertua Negeri Sabah yang keenam (1978–1986). Adnan lahir pada 10 September 1917 di Jesselton (kini Kota Kinabalu), Sabah. | UMUM | |
DATU MUSTAPHA DATU HARUN, TUN | Datu Mustapha Datu Harun, Tun (1918– 1995), Yang Dipertua Negeri Sabah yang pertama (1963–1967) dan Ketua Menteri Sabah dari bulan Mei 1967 hingga 30 Oktober 1975. | UMUM | |
SYED AHMAD SYED MAHMUD SHAHABUDIN, TUN | Syed Ahmad Syed Mahmud Shahabudin, Tun (1925– ) ialah ahli politik dan Yang Dipertua Negeri Melaka (1984–2004). Dia lahir pada 4 Mei 1925 di Kulim, Kedah, dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kulim (1932–1937). Kemudian menyambung pelajarannya di Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar (1938–1947) hingga mendapat sijil Senior Cambridge. | UMUM | |
ABDUL AZIZ ABDUL MAJID, TUN | ABDUL AZIZ ABDUL MAJID, Tun (1908-1975), Yang Dipertua Negeri Melaka yang ketiga (1971-1975). Dia lahir pada 10 Mac 1908 di Kajang, Selangor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ABANG HAJI MUHAMMAD SALAHUDDIN | ABANG HAJI MUHAMMAD SALAHUDDIN, Tun(1921- ),ahli politik, Yang Dipertua Negeri Sarawak yang ketiga (1977-1981). Dia lahir pada 27 Ogos 1921 di Kampung Nangka, Sibu, Sarawak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ABANG HAJI OPENG ABANG SAPIEE | ABANG HAJI OPENG ABANG SAPIEE, Tun(1905-1969), ahli politik, Yang Dipertua Negeri Sarawak yang pertama (1963-1969). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ABDUL RAHMAN YA’KUB, TUN | Abdul Rahman Ya'kub, Tun (1928 - ) ialah Ketua Menteri Sarawak yang ketiga (1970–1981) dan Yang Dipertua Negeri Sarawak yang keempat (1981– 1986). Abdul Rahman mula aktif dalam politik apabila menyertai Parti Barisan Anak Jati Sarawak (BARJASA) pada tahun 1962. Kemudian dia menyatukan Parti Negara Sarawak (PANAS) dan BARJASA bagi membentuk Parti Bumiputera pada tahun 1966 bersama-sama Datuk Abang Ikhwan Zaini dan Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud. | UMUM | |
ABANG HAJI ZAINI DATUK BENTARA HAJI HASHIM | ABANG HAJI ZAINI DATUK BENTARA HAJI HASHIM (1891-1964), pemimpin kebangsaan Sarawak dan Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) (1947-1953). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
SARDON JUBIR | SARDON JUBIR, Tun (1917 – 1985), ahli politik, Yang Dipertua Pulau Pinang (1975 – 1981). Dia lahir pada 19 Mac 1917 di Sungai Keluang, Rengit, Johor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |