| SURAT IKATAN | Surat ikatan ialah dokumen bertulis berhubung dengan pemindahan hak milik harta. Surat ikatan mesti ditandatangani oleh pihak yang memindah hak milik. Dalam banyak kes, ia juga ditandatangani oleh pihak yang menerima hak milik. Surat ikatan juga mesti memperincikan harta yang dipindah milik dan menunjukkan niat untuk memindah milik. Surat ikatan ini hanya akan berkuat kuasa apabila ia dihantarkan kepada pihak yang menerima hak milik. | UMUM | |