Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.ploma.si] | ديڤلوماسي

Definisi : 1. seni atau amalan mengurus hu­bung­an antarabangsa: kemenangan ~ Inggeris itu disebabkan oleh kebijakan para dip­lomat­nya; wakil-wakil ~ Id wakil-wakil negara asing spt duta (kuasa usaha dll); 2. seni dan kemahiran berurus dgn seseorang tanpa menyinggung perasaannya: licin sekali ~ Pak Ali meminta yuran hingga sedikit sahaja ahli yg tidak membayar hutang; berdiplomasi 1. mengurus hubungan antara­bangsa; 2. mengendalikan seseorang dgn berhati-hati (tidak dgn terlalu berterang-terangan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.ploma.si] | ديڤلوماسي

Definisi : 1 kecekapan mengurus perhubungan rasmi antara satu negara dgn negara lain. 2 cara halus utk mempengaruhi orang: Dia pandai menjalankan ~ hingga terlaksana cita-citanya. berdiplomasi 1 mengurus perhubungan antara negara dgn negara. 2 mengatakan sesuatu dgn hati-hati (tidak berterang-terang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diplomasi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DIPLOMASI

Diplomasi ialah kaedah pengendalian

perundingan antara negara-negara. Kini

sesetengah sarjana juga menggunakan istilah ini

untuk strategi dan teknik yang digunakan oleh

sesebuah negara semasa berunding

UMUM 
INSTITUT DIPLOMASI DAN HAL EHWAL LUAR NEGERI (IDHL)

Institut Diplomasi dan Hal Ehwal Luar Negeri (IDHL), agensi yang menyediakan latihan formal di peringkat asas dan lanjutan kepada pegawai perkhidmatan luar negeri Malaysia serta pegawai lain dari sektor awam.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas