ELASTOMER TERMOPLASTIK | Bahan polimer yang boleh diproses seperti termoplastik apabila dipanaskan pada suhu tinggi. Ia bersifat elastik seperti getah apabila disejukkan pada suhu ambien. Peralihan perlakuan ini, iaitu daripada satu leburan termoplastik kepada satu elastomer adalah berbalik. Ini bermakna bahan ini tidak mempunyai ikatan paut silang tetap yang biasanya dihasilkan melalui proses pemvulkanan. Oleh sebab itu, bahan jenis ini boleh diproses semula tanpa sebarang masalah.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
KOMODITI UTAMA | Komoditi utama ialah semua keluaran yang berasal dari bumi sama ada yang ditanam, tumbuh sendiri, digali atau diternak selagi komoditi itu masih dalam bentuk tidak diproses atau separuh diproses. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Sumber/Bahan Alam |
MALT | Malt ialah produk makanan yang terhasil apabila barli dan sesetengah bijian yang lain diproses secara khusus. Ia digunakan dalam proses membuat bir dan menyuling spirit, dan sebagai sumber perisa atau bau-bauan dalam pelbagai barangan, yang dimasak, gula-gula, bijirin, dan makanan bayi. | UMUM | |
PEMPROSESAN GETAH | Kaedah pengubahan getah mentah menjadi produk yang boleh digunakan. Ini meliputi penambahan agen pemvulkanan dan bahan tambah kepada getah mentah sebelum diproses. | KEJURUTERAAN | Kaedah |
PEMINDAHAN JISIM | Operasi yang terdapat dalam setiap loji pemprosesan industri kimia, petrokimia, gas asli, petroleum, makanan, elektronik, dan biologi. Dalam industri tersebut, bahan mentah diproses secara kimia atau fizik untuk menghasilkan produk yang lebih berharga. Walaupun setiap industri melibatkan bahan mentah dan produk yang berbeza, ia menggunakan operasi pemprosesan tertentu yang mempunyai persamaan antara satu industri dengan industri yang lain. Pemisahan minyak mentah dengan menggunakan penyulingan, pemisahan pepejal daripada ampaian menggunakan penurasan, dan penyingkiran air melalui penyejatan merupakan contoh operasi unit yang digunakan dalam industri. Setiap operasi unit seperti penyulingan berbeza dari segi fizikal bagi industri petrokimia dan industri pemprosesan minyak sawit, tetapi direka bentuk berasaskan teknik dan prinsip yang sama. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
TEH | Teh ialah minuman yang disediakan dengan cara menuangkan air yang mendidih ke atas daun teh yang kering dan telah diproses. Teh menjadi minuman menyegarkan yang paling popular di kebanyakan negara. | UMUM | |
OAT | Oat ialah tanaman bijirin yang penting. Peladang menanam oat terutamanya sebagai makanan haiwan ternakan, tetapi oat juga membekalkan makanan yang berzat kepada manusia. Biji pokok oat diproses dan digunakan dalam makanan seperti makanan oat, kek oat, biskut, dan bijirin sarapan yang sedia dimakan. | UMUM | |
POTASY | Potasy ialah nama komersial bagi sekumpulan garam yang mengandungi unsur kalium. Jenis potasy yang paling penting ialah kalium klorida (KCl), yang digunakan terutamanya untuk membuat baja. Kira-kira 95 peratus daripada potasy yang diproses di seluruh dunia ditapis menjadi baja. Potasy juga digunakan dalam pembuatan sabun dan bahan pencuci, kaca, seramik, tekstil, pencelup, bahan kimia, dan ubat. | UMUM | |
SWISS | Swiss ialah kain kapas halus, jarang yang pertama kali dibuat di Switzerland. Fabrik ini juga boleh jadi campuran serat kapas dengan serat sintetik. Swiss boleh jadi kosong atau bercorak atau mungkin mempunyai titik-titik yang ditenun atau ditampal. Ia boleh diproses supaya tetap keras selepas dibasuh. Swiss digunakan untuk membuat pakaian, apron dan langsir. | UMUM | |
SAPPORO | Sapporo (pend. 1 542 979) ialah ibu negeri Hokkaido, pulau yang paling utara di Jepun. Ia terletak di bahagian barat pulau berhampiran Teluk Otaru. (Lihat Jepun [peta politik]). Sapporo dibina pada tahun 1871, dan dibentuk berdasarkan bandar di negara Barat. Ia menjadi pusat pembuatan dan kebudayaan pulau itu. Keluarannya meliputi kain jerami, barangan getah, susu pekat dan kacang soya yang diproses. Tarikan utama Sapporo meliputi Hokkaido University dan taman bunganya yang khusus kepada flora alpin. Penduduk dan pengunjung menikmati cerun ski yang terletak di subbandar dan mata air panas Jozãnkei, 18 kilometer ke barat daya bandar. Pada tahun 1972, Sukan Olimpik Musim Sejuk berlangsung di Sapporo. | UMUM | |